Friday, August 26, 2011

Bukan Sebarang "TRANSFER"

Assalamualaikum dan Salam Berpuasa Semua.

Mesti ada yang pelik an, apsal la si Lauma ni buat post pasal puasa masa bulan Ramadhan da nak habis?

Ha.. itulah 'point' die.. 

Takpe, jangan pening-pening, hari ini saya tertarik untuk mengajak anda semua berfikir sebentar berkaitan Ramadhan. Sebelum saya mulakan, maaf la kalau ade terkhilaf. Maklumlah saya ni bukan ustaz, tapi teringin nak berkongsi.

Begini kesah die,

Bila setiap kali da nak abis bulan Ramadhan nih, apa yang sering berada dalam kotak fikiran kita? Tarawikh? Tadarus? Yeke? Tipu r.. Saya pun manusia gak, so, saya tau la.. 

Jadi, benda-benda yang berlegar-legar kat kepala hotak kita mesti semua pasal RAYA an? Baju Raya... Kasut Raya.. Seluar Raya.. Kuih Raya.. dan segala macam pasal pe-RAYA-an.. kan-kan?

Saya bukannya nak kata semua tu salah, tapi, ape yang saya nak sampaikan ialah,
cuba kita 'reverse' balik waktu kita mula-mula jejak bulan Ramadhan hari tu.. 

Rajin Sembahyang... Rajin Tadarus.. Rajin Baca Quran.. Jaga Pandangan..
Ha.. semua baik-baik kan? 

Sedar tak sedar semakin habisnya bulan Ramadhan, kita semakin kembali kepada 'kita' yang sebelum Ramadhan.. Tarawikh pun kadang-kadang malas nak pergi, baca Quran pun da makin kurang, mengumpat kembali bermaharajalela... Tak pelik ke? Apsal jadi camtu eh? Persoalan yang timbul, kenapa awal Ramadhan kita boleh jadi baik, hujung Ramadhan kita jadi kurang baik balik?
Nak tau kenapa?
Ha... jawapan die sebab:

SEMANGAT!

Masa mula-mula ramadhan dulu, punyalah Semangat ha.. Semangat apa korang tanya?? Semangat la..! Semangat nak puasa.. Semangat nak pergi tarawikh.. Semangat nak baca Quran.. and yang paling penting sekali, Semangat nak tambah pahala!
Pergh...! memang hebat kita tyme "Semangat" tu..

Tapi, bile da hujung Ramadhan, *GEDEGANG!*
Semangat
kebaikan Ramadhan semua da pindah gi Semangat Raya da..
Sedih~ Sedih~ *geleng kepala*

Rugi owh sebenarnye korang "Transfer" terus Semangat tu kat Raya..

Tak salah nak "Transfer" Semangat Ramadhan ke Semangat Raya... 
tapi, cuba korang kreatif sket.. 
Ape salahnye, kalau kite "TransferSemangat Ramadhan tu ke Semangat Raya, tapi, dalam masa yang sama, kita kekalkan Semangat Ramadhan tu.. 

Bak kata peribahasa, "Sambil menyelam minum air r.."

Nak beraya sakan, silakan... but, maintain je lah segala kebaikan yang kita da buat tyme bulan Ramadhan tu.. 
Kalau tyme bulan Ramdhan korang boleh adakan semangat buat baik tu, dalam bulan-bulan yang lain takkan tak boleh? Boleh je sebenarnye kalau korang dapat "TRANSFERSemangat Ramadhan tu ke dalam bulan-bulan yang lain..
Ye tak?

Anyway, last but not least.. Sama-samalah kita beramal dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari..

Akhir kalam, Maaf Zahir dan Batin andai ada tersalah kata, tersilap bicara, terguris jiwa, sepanjang saya bercerita.

"SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT BERSEMANGAT RAMADHAN DALAM BULAN-BULAN YANG MENDATANG !"

Sekian, terima kasih kerana mengambil iktibar.
Assalamualaikum.

Yang Benar,
Lauma (^^)v




Saturday, July 23, 2011

Diari Pendeta

Terik membakar kejauhan diredah,
menanti detik jejak melangkah,

perlahan cuma menjadi mehnah,
ternyata jua teguh dan gagah;


Pabila mentari hilang sembunyi,
bermula satu pesta kenali,
riang dan tawa kini mulai,
bukti benarlah diri insani;


Fajar yang baru menyinsing sudah,
hayat dimula dengan basmalah,
terus menyusur tidak ditegah,
jiwa dan raga semua dikerah;


Longlai dan lemah menyusup kini, 
dakapan empuk jelas membayangi,
namun pegangan mengharung misi,
terus berjuang demi ILAHI.

*Pencerahan:
Puisi kat atas ni memang merupakan sebuah diari. Cuma yang lainnya dari diari biasa ialah aku menggunakan Bahasa Melayu yang tinggi sket daripada biasa. Kefahaman mungkin susah nak dapat kalau gayat. Yela.. tinggi an.. haha..

Ok. Ni aku nak jelaskan la ni maksud puisi kat atas dari perenggan ke perenggan.

Perenggan pertama; sebenarnya aku nak cerita yang masa hari kejadian, aku dan rakan-rakan ada program kat Port Dickson and aku mulakan cerita time kitorang tunggu bas. Masa tu tengahari or petang, dalam pukul 1 lebih camtu(Terik membakar kejauhan diredah), tunggu punya tunggu dalam pukul 3 jugak r baru bas sampai. Pastu da naik bas, dalam 3 jam jugak r nak sampai(Menanti detik jejak melangkah). So, bila da camtu, kitorang sampai lambat r dekat PD tu(Perlahan cuma menjadi mehnah). And aturcara program agak lari r bila da sampai lambat. Da la penat sume. Satu lagi, aku in charge program masa tu. Nak taknak, aku kene gagahkan diri r untuk teruskan aturcara. Kalau ikutkan hati, nak je aku tidur time tu(Ternyata jua teguh dan gagah).

Perenggan kedua; bila da malam lepas solat maghrib and isyak sume(Pabila mentari hilang sembunyi). Macam biasa r buat ice breaking(Bermula satu pesta kenali). And as expected, memang happening... Gelak-gelak sume(Riang dan tawa kini mulai). Biasa r tu kan. Kita kalau bab kenal-kenal ni memang suka(Bukti benarlah diri insani). Terutamanya kalau laki-pompuan or pompuan-laki. Sambil-sambil tu mana la tau bleh cari jodoh sekali. Ahaks~ :p

Perenggan ketiga; tibalah waktu esok(Fajar yang baru menyinsing sudah). Bangun subuh, semayang berjemaah sume(Hayat dimula dengan basmalah). And aktiviti pertama pagi tu adalah berkayak(Terus menyusur tidak ditegah). Yeay! Serius best. Kitorang kene berkayak dari tepi pantai, gi dekat satu pulau(Jiwa dan raga semua dikerah). Boleh nampak r pulau tu kalau berdiri tepi pantai. By the way, lupa nak bagitau yang tempat program kitorang tu betul-betul sebelah pantai. Hee~ :)

Perenggan yang terakhir plak merujuk kepada betul-betul lepas habih kayak tu. Kitorang berkayak bukan time pergi pulau tu je. Da sampai pulau tu, rest kejap dekat pulau tu, panjat menara api sume. Pastu berkayak balik. Serius penat(Lemah dan longlai menyusup kini). Time tu, bukan aku je rasa mengantuk macam haram, tapi semua r.. nak tidur je rasa(Dakapan empuk jelas membayangi). Memang penat gila kot.Tapi, macam aku cakap awal-awal tadi, program semua tu aku yang in charge. So, macam mana pun kene teruskan seperti yang dirancang la. Ye la.. setiap program mesti ada objektif yang kena capai an(Namun pegangan mengharung misi). Lagipun kayak tadi tu cuma program selingan je. So, dipendekkan cerita, nak bagi gagah jugak punya pasal, memang kene back to basic la; buat program ni semua ikhlas kerana Allah(Terus berjuang demi Ilahi). InsyaAllah bleh lawan sume penat yang ada. 

Well I guess, that's the end of my two days diary. And tak betul-betul dua hari pun. Banyak lagi sebenarnya aku tak letak. Program tu sebenarnya tiga hari. Aku letak kat dalam puisi tu, semua yang aku rasa, sampai bila-bila aku nak ingat. And satu lagi, aku malas nak buat panjang-panjang sangat. Kalau buat panjang-panjang-panjang gila, da jadi diari betul da. Aku nak buat puisi ringkas je, yang bila aku baca, aku boleh ingat most of detail time aku hadle program tu.

That's all. Thank you for reading. :D

Thursday, May 19, 2011

Dimana Silapnya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pernah tak korang rasa, korang berada ditengah-tengah?
Pernah tak korang rasa jadi 3 orang serentak dalam satu masa yang sama?
Kali ni aku cuma nak berkongsi pengalaman aku menjadi orang tengah kepada berpuluh-puluh orang. Em.. mgkin beratus gak kot.. Kisah die macam ni, ade  la sorang ni, aku namakan Mamat la.. Dia ni kalau pegi mane-mane, mesti orang tak suka die.. memang sebab sikap die lar.. cakap lepas sampai terlebih mungkin.. and then kalau baru kenal orang, die selambe badak je cakap kasar ngan orang baru tu.. kire bajet good la.. mane orang nak sukenya kalau camtu.. Tapi sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal perangai Mamat ni. Apa yang aku nak cerita sebenarnya, setiap kali aku jumpe dgn org camtu, mesti aku boleh je baik dengan dia.. Kenapa? Ha.. tu lah korang.. Banyak kali dengar 'Positive thinking'.. tapi, korang buat ke? Buat?! Ye ke? Bile mase? Sekali jek dalam 1000 kali? Yang lagi 999 tu camne? Ha.. hampir sume 'negative thinking' kan? Ala.. tak payah temberang la.. Aku pun manusia gak.. Aku tau la.. ha.. tapi, tu lah.. memang la kita tak payah layan sangat orang yang bajet good macam Mamat tu.. kang makin menjadi-jadi pulak.. tapi, the point is, tak perlu kot kita nak burukkan lagi die kat tempat-tempat lain.. Maksud aku cakap belakang la.. kalau ye pun meluat dengan seseorang tu, nak cakap pun biar la berpada-pada.. jangan la sampai influence orang yang tak kenal die jadi benci die gak.. kalau korang kata korang berkata yang benar, korang patut ingat frasa ni, "setiap yang tidak benar itu fitnah, setiap yang benar itu mengumpat (untuk perkara yang x elok je)". 
Setiap orang menilai dengan cara berbeza.. Tapi kan, kalau korang mampu la, just keep on 'sabar'ing... kalau korang maintain je sabar, mungkin korang akan tau lebih banyak lagi.. korang akan tau kenapa die boleh jadi macam tu.. then, korang akan faham apa yang korang sebelum ni tak faham.. Lastly, cuba lah kita sama-sama berfikir, macam mane kalau kita kat tempat orang yang macam tu.. mesti sedih kan? kita nak wat baik pun, orang salah tafsir... baik kite teruskan je dengan perangai kite yang sedia ade.. ubah jadi baik pun orang cakap macam-macam gak.. anyway, sekali-sekala tu, fikir-fikirkan lah eh.. aku bukannya perfect sangat.. tapi sekadar berkongsi.. sharing is caring.. so, this is the prove that I care about u.. Yup.. You! The one who reading...


Yang Benar,
Lauma (^^)v