Thursday, December 16, 2010

Keindahan Dalam Kehidupan

Aku memang tak percaya.. Betul ke ni? Aku bermimpi ke?
Tapi selepas 3 orang menjadi saksi, maka benarlah ape yang aku lihat.
Untuk pengetahuan korang sekalian, inilah kali pertama aku nak berceloteh kat blog aku.. Bukannya ape, aku just nak share macam mana rasanye bile result yang diharapkan jadi kenyataan.. Lagi-lagi bila result tu bukan result kat sekolah tapi universiti..
Aku sebenarnye nak cakap pasal satu subjek je sebab subjek nih merupakan antara subjek yang 'tough'!
Subjek tersebut merupakan subjek kalkulus!
Fuh!! giler la subjek tu 'and ' ak bleh kate yg tahap kesukarannya menjangkau 3 kali add math skolah menengah.. So, nak dijadikan cerita, aku punya 'carry mark' tak lah seberapa.. Lebih sikit jek dari separuh..
So, tyme nak 'final', aku punya la risau, gundah-gulana, porak-poranda, sume ade r.. Mane tak nye.. Da 'carry mark' sket sgt.. Aku da down da tyme tu, tapi aku x nak putus asa, aku gi jumpe pensyarah untuk dapatkan kata-kata semangat.. Kalau korang nak tau, aku rase, aku la paling lemah dalam subjek tu dalam kelas.. huhu..
Then, mase aku jumpe pensyarah tu, pensyarah tu cakap kat aku, "percaya kat diri kamu! kamu mesti boleh buat.. ada lagi masa untuk 'study'.. masih belum terlambat.. cuba skor habis-habisan 'final' nanti.."
Aku berkata, "tapi Dr... (panggilan untuk pensyarah aku), saya bukannya macam 'Muhd'..(nama depan budak yang terer subjek tuh..) Die terer.. Boleh r.. Saye ni da r macam paling lemah jek dalam kelas..
Pensyarah aku membalas kata-kataku, "Takpe.. Jangan fikir camtu.. Dia tu dia.. Kamu tu kamu.. Jangan sama kan diri kamu dengan dia.. Kamu kena cari cara sendiri supaya study kamu lebih efektif.. Fokus! Jangan  kenangkan benda yang da lepas.. Tumpukan pada apa yang akan kamu hadapi."
Aku pun mengiyakan kata-kata pensyarahku..
Akhirnya, dengan doa, usaha, istiqamah, dan tawakal, aku berjaya mendapatkan A- untuk kalkulusku walaupun 'carry mark' aku tak seberapa..

MORAL of the story: 
Percaya pada diri dan jangan putus asa tuk berusaha.. 
Akhir kalam, sekian, ambillah pedoman, terima kasih dan selamat beramal! (^^)v