Friday, February 10, 2012

Kisah seorang "Stranger"

Bermula sebuah cerita di mana "Stranger" ingin 'menyibok'....
Dan ia berlaku di antara seorang kawan dan seorang kawan kepada kawan...
Maka selepas beberapa dialog antara "Stranger" dan kawan kepada kawan...
Akhirnya "Stranger" mengalah...
Agak-agak korang, di mana situasi ini berlaku?
ye.. benar.. tepat sekali..
di mana lagi kalau bukan F*******

Cerita di atas sengaja dikaburkan agar pembaca sekalian berfikir... haha
(tak ade ape pun yang hendak difikirkan, cuma satu luahan rasa penulis secara subjektif)
bukanlah saya sebagai Penulis di sini ingin membuat pembaca berfikir yang negatif, tiada siapa yang bersalah di atas.. Sekarang fokus kat bawah ni..

Apabila kita berbicara di dalam suatu laman sosial, apa yang biasa berlaku??
Kutuk-mengutuk?? Ye...
Ngumpat-mengumpat?? Ye.. lagi?
Kasarnya berbahasa?? Betul! tepat sekali...!

Mesti pembaca sekalian rasa macam, "biasa la tu.."
Kan??
Kenapa pembaca rasa semua tu biasa? Sebab biasa buat la an??  Sori kalau 'kamu' tak buat..
But persoalannya di sini, kenapa biasa buat?

Cepat Jawab!

Kenapa??

tak tahu jawapan dia??

ini dia salah satu jawapan daripada 1001 jawapan:

MENAIP IKUT PERASAAN!

jarang kan kita nak berfikir sebelum taip? asal rasa macam 'BENGKEK' je......
*ketak ketuk.. ketak ketuk
**menaip
tengok-tengok da post da benda-benda negatif. then, beranak pinak orang back up or kutuk kat komen.. kan da banyak bende negatif tu..
fikir dulu do kalau nak taip pun... memang la rasa hati tu ade, tapi, cuba fikirkan bagaimana kamu beranakkan    pemikiran negatif kat friend-friend kamu kat laman sosial tu..

***

Kalau ikut hati, da lama da aku gaduh taip kat F******* tu... tapi, aku tak suka wujudkan sengketa dek benda-benda kecik yang tak patut pun.. Tak kira la sape orang tu, 'Stranger' ke ape, cara berbahasa tu elok sket la der..
kita kat dunia ni sama je.. takde lebih takde kurang.. yang beza cuma amal kita je.. hubungan antara manusia(makhluk) tu, pandai-pandai la jaga..

p/s:
-Dekat f******* ade je orang tulih bende baik.. so, yang tuilh bende baik tu takpe la.. teruskan je.. bagus
  tu.. Alhamdulillah~
-Cuma perkongsian tak seberapa, ada orang kata boleh luah perasaan kat sini, so, da alang-alang lama tak  
  update blog nih, ape salahnya luah perasaan tanpa menyentuh mana-mana pihak secara tepat~
-Setiap manusia ada perasaan, tanpa mengira jantina laki atau pompuan.
-Last but not least, FIKIR DULU and JANGAN BERFIKIRAN NEGATIF!


Sekian.

Yang Benar,
Penulis