Sunday, November 28, 2010

Spontan?

Pertama sekali, apa yang akan aku tulis ni merupakan satu refleks spontan.
Ye ke? Kenapa pulak? Ha.. mesti korang tanya camtu an?
Biarlah aku bagitahu 'reason'nya.. Sebabnya ialah aku menulis dalam keadaan aku tidak berfikir ape2.
Eh, logik ke? Macam tak logik je.. Memang tak logik pun sebenarnya.. Itulah kelebihan aku. Haha..
Tapi kan, kalau korang perasan, sekejap je da sampai bawah ni ha aku menulis. Macam mane boleh jadi camtu eh?
Ha... yang ni la aku nak cerita sebenarnya.. Kalau korang nak tahu, setiap manusia ni dianugerahkan tuhan satu kebolehan kepada semua manusia untuk bertindak secara spontan.
Contohnya:
1) kalau kita terpegang satu benda panas, kita akan cepat-cepat tarik tangan kita
2) kalau kita tersalah cakap satu bende, then cepat2 kita 'cover'

Oleh itu, berdasarkan konsep di atas, aku menggunakan kebolehan spontan yang dianugerahkan tuhan, untuk menulis tanpa berfikir. (*Penulis buat muka yakin)
Percaya tak? Percaya je la.. Kalau korang tak percaya pun, apa yang korang bleh buat? haha..
Konklusinya, kita boleh memanipulasi segala kebolehan yang kita ada untuk menghsilkan sesuatu yang menarik. Sekian sahaja ngomelan dari aku dan terima kasih. (^^)v

p/s: komen tanpa ada ID (anonymous) sudah dibuka sekarang! Komenlah semahu-mahunya.. Anda mampu mengubahnya.. hoho

Saturday, November 27, 2010

Ini Bukan Karya (Crayon pun bukan)

Mengapa hati kian gelora tatkala tiada jeritan asmara?


Apakah ketentuan menguji tuntutan mengekang segala refleksi perlahan?


Berketar jiwa tidak keruan walau dipalang segala setan..


Jahatkah aku sedar bermula dan mungkin benar aku dah gila..



Ulasan
* Ini merupakan luahan perasaan aku sendiri. Aku buat 5 minit jek. And ak rase, ak sorang je yang paham. Tak yah susahkan diri untuk cuba paham. Huhu..

Friday, November 26, 2010

Macam mana nak jadi BAIK?

Selalunya, jika di tanya kepada anda bagaimana caranya untuk menjadi baik di mata khalayak,
apa yang biasanya anda jawab?
(tak payah jawab, aku bukan dengar pun kalau korang jawab)
Hasil bancian saya sendiri mendapati jawapan-jawapan korang adalah seperti berikut :
1) Tak tinggal sembahyang.
2) Tolong ibu-bapa.
3) Jalankan tanggungjawab dengan amanah
4) Buat kerja bersungguh-sungguh
5) Tak kacau orang
6) Bla.. Bla.. Bla..
Tidak dinafikan bahawa soalan di atas merupakan soalan subjektif dan tiada jawapan yang tepat mengenainya.
Namun begitu, disebabkan blog ini di tulis oleh aku (tadi guna saya sekarang aku plak..), aku mengatakan jawapan-jawapan yang korang biasa bagi semunya agak salah (kecuali no. (6).. memang salah langsung! ).

Habis tu, apa jawapan sebenar kepada persoalan ni?
Ha.. yang ni yang aku teruja nak jawab ni... hehe. Untuk menjadi BAIK di mata khalayak terutama kawan-kawan yang rapat dengan kita, senang je. Caranya ialah, "JENG! JENG JENG...!"


BELANJA MAKAN!

Tak percaya? Ok. Jom kita tengok situasi sebenar zaman sekarang ni.

Contoh :-
Lauma : Geng, jom gi makan kat kedai mamak hujung sane tu.
             Aku BELANJA.
Geng   : Yea!!! Lauma, ko memang BAIK r.. Nasib baik ko laki, kalau tak, da              lama da kitorang rebut ko untuk jadi bini. Haha..
Lauma : Banyak la ko!

Ha, tengok! sampai camtu ha orang nak kata baik Si Lauma tu. Tu lah buktinya.. Haha..
Tak percaya jugak? Kalau tak percaya, CUBALAH... (^^)v

Tuesday, November 23, 2010

Alam Jagat Raya

Kala jelma nur sang mentari
Bayu lembut menghiasi keheningan
Indah kesyahduan gemalai pepohonan
Sebening angin menyuara kedinginan
Berganti purnama lentera dihiasi
Gemersik perindu angkara pepasir bergesekan
Gagah tercanang bakau muara perairan
Simbolik utuh keunggulan semesta Tuhan.

Saturday, November 20, 2010

Siapa Yang Gila Sebenarnya?

Dalam dunia ni, sering kali kita dengar " mana ada orang gila yang ngaku diri dia gila?"
Betul x? tak payah jawab. Aku tahu memang betul jawapannya.
Tapi kan, penah tak korang semua terfikir, ada ke sesiapa kat dunia ni yang akan ngaku dia gila?
Xde kan? Mungkin aku je la kot. Haha..
Sebab apa takde orang kat dunia ni yang mengaku diri dia gila?
Sebab diorang x gila la kan diorang tak ngaku.
So, kalau ikut hukum matematik la kan...

positive x negative = negative

Hence,
(1) let  " mana ada orang gila yang ngaku diri dia gila? " as negative (-ve).
(2) let  " Sebab diorang x gila la kan diorang tak ngaku. " as positive (+ve).

So that, dengan menggunakan hukum matematik di atas:
(1) x (2) = (1) = "mana ada orang gila yang ngaku diri dia gile"
Oleh yang demikian konklusi di atas membawa maksud, semua orang yang tak ngaku gila adalah
GILA sebenarnya.

So, dengan ini aku mengaku bahawasanya AKU GILA! yang mana ia membawa maksud "aku tak GILA".
So, siapa lagi yang tak gila macam aku kat dunia nih? Ngaku GILA cepat! baru kita boleh tahu siapa yang gila dan siapa yang tak gila sebenarnya.. Haha.. (^^)v

Thursday, November 18, 2010

Kehadiran Cinta (T.t)

Hati ini kian berkocak..
Tatkala mata bertentang rancak..
Jauh di kalbu hati terusik..
Bila melambai cinta gemersik..
Sepatah kata tiada terungkap..
Jelingan hanya segala tersingkap..
Tautan kasih berpadu masih..
Sejak pertama Cinta Bertasbih~


Ulasan
*(T.t) pada tajuk membawa makna tanda tangan. Ia sinonim dengan kehidupan kita berikutan setiap kali kita hadir ke kelas kita perlu turunkan tanda tangan untuk membuktikan kehadiran. Jadi, (T.t) tersebut simbolik kepada Cinta yang menunjukkan kehadirannya. Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Monday, November 15, 2010

Peribahasa

" Semalas-malas daku 'study', akkhirnya jatuh jua ke 'library' "

Ulasan
* Penggunaan bahasa Ingeeris untuk menunjukkan realiti kehidupan masa kini.
* Peribahasa ini sesuai digunakan untuk pelajar-pelajar yang kurang rajin tetapi terpaksa study kerana 'exam
   semakin mari.. hehe
* Peribahasa ini hanya rekaan semata-mata.. sekian harap maklum dan terima kasih.
* (^^)v

Tuesday, November 9, 2010

Madah tak Berhelah

Tatkala gerimis menghiris dewata..
Terbias kejernihan lahirnya pelangi..
Indah kayangan indera segala..
Mewarna cereka kasih puteri..
Biar tercalar dada arjuna..
Asalkan hati berpadu mesti..
Antroposentrisme cinta manusia..
Menjengah betara kagum sendiri..

Monday, November 8, 2010

Antara Bahasa dan Bahasa

Percaya atau tidak dalam dunia ni kita dibezakan dengan bahasa..
x percaya?
Contoh:
1) Assalamualaikum
2) Salam
3) As'kum
4) Samekom
5) A'kum
6) Kum
Sesiapa pun yang melihat contoh-contoh salam di atas pasti dapat membezakan personaliti
individu yang memberi salam antara 1-6 kan?
Jadi, ini menunjukkan anda prejudis.
Benar?
Kalau beginilah pemikiran anak muda masa kini (ceh.. mcm ak tua sgt jek..)
sudah pasti sukar untuk kita capai satu bangsa malaysia yang bersatu padu..
Mane tak nye.. Ini baru perbezaan tulisan salam.. kalau loghat lain? bahasa lain?
Tidak ke lagi haru?
Kan2?