Wednesday, July 31, 2013

Tazkirah Ramadhan 3 (2013)

Atas kelewatan ke surau, maka cerita saya bermula di pertengahan...

Ustaz: Ni saya saya nak tanya tuan-tuan. Agak-agaknya la, kalau ada orang hina or caci maki mak bapak kita, tuan-tuan marah tak?

Audiens: *Mengangguk*

Ustaz: Maunya tak marah?! Andai kata ada la orang buat camtu, memang menyirap tuan-tuan. Bende bab keturunan memang sensitif. Kalau orang nak maki hamun kat kita, boleh tahan lagi eventhough ada limit. Tapi, kalau orang sentuh bab keturunan memang macam "Eii!" *buat gaya nak lempang backhand". Terus berderau darah naik kat kepala tak tahan geram punya pasal.

*Senyap kejap*

Ustaz: Tapi tuan-tuan, kalau satu hari nanti mak bapak kita dijemput Allah, mampu ke tuan-tuan untuk mandikan jenazah? Ada pernah tuan-tuan amek kesah pasal mandikan jenazah? Atau ikut zaman sekarang la kan, suruh je orang surau or syarikat swasta yang uruskan. Zaman sekarang ni memang ada tuan-tuan syarikat yang tawarkan khidmat mandikan jenazah ni semua. Siap ada pakej lagi ha..
...
Tapi sanggupkan tuan-tuan untuk biar orang tengok aib mak bapak tuan-tuan? Kalau orang hina mak bapak kita, orang hina keturunan kita, marah bukan main. Time sampai mak bapak da takde nanti, tuan-tuan tak boleh nak uruskan. Biar orang uruskan. Biar orang tengok aib dorang. Ntah sape-sape ntah yang uruskan, arwah pun tak kenal orang yang uruskan tu.

Ustaz: Saya ni bukan apa tuan-tuan... Tapi, pernah tak tuan-tuan terfikir kalau mak-mak bapak kat luar sana, kalau da meninggal, pastu yang uruskan bukan anak dia; kalau diizinkan Allah untuk dia bangun 2 minit apa yang dia kata :-

"Bapak": Aku besarkan ko dari kecik sampai besar. Siang malam aku bekerja. Tak cukup dengan tu aku buat kerje part time. Semata-mata nak tengok ko hidup senang. Cukup makan, cukup pakai sume. Tapi, bila aku da takde, jenazah aku pun ko tak nak uruskan? Sampai hati ko nak...

"Mak": Sembilan bulan aku kandungkan ko. Aku lahirkan ko dengan bersusah payah sampai koyak rahim aku. Aku susukan ko. Besarkan ko dari kecik sampai besar. Doakan ko berjaya dunia akhirat. Tapi bila aku da takde, jenazah aku ko bagi orang lain uruskan. Orang yang aku tak kenal. Ko biar aib aku dilihat orang. Ini rupenye balasan ko kat aku? Sampai hati ko nak...

Ustaz: Jadi tuan-tuan, andai ada kesempatan, belajarlah cara uruskan jenazah. Ambil berat pasal bende ni. Bukan bermakna kita belajar cara uruskan jenazah, kita harapkan mak bapak kita mati. Tapi sekadar menambah ilmu dan mengingatkan kita akan kematian. Moga-moga kita tergolong dalam orang-orang yang bertakwa. InsyaAllah.

Sekian.

Monday, July 29, 2013

Credit to...

This BLOG will be on "PINK & HELLO KITTY" for two days (until 30/7/2013) to show my credit to my friend Che Engku Amalina (Chiko) for her ideas and support of my blog. Thank you. :D

p/s: This is her request. Im not the pink type. Huhu.. (T-T)


ME pensive because of PINK

Wednesday, July 24, 2013

Sarcasm @ Perli

Assalamualaikum semua. Today, aku nak berbicara sket mengenai sarcasm. Bukan apa, saja la bosan-bosan menaip sambil-sambil takde keje ni. Aku sebenarnye da lama da nak tulih pasal bende ni tapi, ntah.. asyik terlupe jek. Ni da teringat. So, tulih la.

Sedar atau pun tak, kita yang generasi sekarang ni memang da susah nak bercakap sesuatu yang baik kat kawan-kawan or kawan baik kita dengan ikhlas dan jujur. Kerana apa? Ni sume gara-gara budaya sarcasm ni jugak r.. Even aku yang menulis ni pun, eh maaf.. menaip. Even aku ni pun memang agak selalu la menggunakan gaya bahasa sarcasm ni. Sebab, macam best or lagi sopan bile guna sarcasm instead of direct. Lagi-lagi kalau nak tegur member sendiri. Tapi kadang-kadang tu, tak dapat dinafikan bahawa cakap direct lagi best kalau tegur orang ni. Tapi kalau hati kering r.. tu pun kalau dengan membe yang da lame kenal. Kalau tak kenal sangat or baru kenal ke ape orang tu; "ZAPP!" ko bagi direct, silap-silap penumbuk hinggap kat muka ko. Ha.. ko jangan.. haha..

So, nak dijadikan cerita, gaya bahasa sarcasm ni memang cara yang boleh dikatakan terbaik la dalam menegur atau membuat jenaka, tanpa mengira bangsa, dan usia. *berhenti jap 5 saat....ok sambung baca*
Memang sopan sarcasm ni. ("Sopanlah Sangat!" *mata kat atas, tangan kat bawah macam biasa sebab malas nak angkat letak atas bahu*). Tak kiralah sopan atau tidak, itu terletak di tangan anda. Saya hanya menaip, anda jualah yang menilai. 
(Ayat terakhir aku saja tambah sebab nak bagi panjang sket korang baca. Haha..)

Apa yang sebenar-benarnya aku nak kongsi kat sini ialah, dari sudut pandangan seorang manusia bernama Lauma nih, (maafkan diriku andai tersalah) budaya sarcasm nih telah membuatkan sebuah keikhlasan pudar menjadi sepah di tepi jalan(bermadah sket.. hehe). Contoh: Katalah kita nak puji MEMBER kita cantik:

Zack:  Uisyh.. Cantiknya ko!.. Nak gi kenduri ke?
Zulaikha: Ko saje an perli aku? Aku nak gi kelas r..
Zack: Eh, aku puji ikhlas nih. haha.. *tergelak sebab kene tuduh perli"
Zulaikha: Ah ko! Malas aku nak layan. Kbye. *berlalu pergi*
Zack: Eh? =.=' *buat muka pelik sambil kerutkan dahi*

Daripada dialog di atas, tak tahulah kalau korang pernah alami ataupun tidak, sarcasm ni da jadi macam pemusnah kepada kata-kata yang baik atau pujian yang ikhlas kepada MEMBER kita. Yela, biasanya perkataan baik tu kita guna time sarcasm. So, bila da jadi camni, kesan dia yang paling ketara kepada generasi sekarang ialah: 

"DA TAK TAHU ATAU AGAK SUKAR UNTUK CAKAP BENDA BAIK KAT MEMBER, TANPA MEMBER KITA TU SALAH ANGGAP BAHAWA KATA-KATA BAIK TU SEBENARNYA PERLI. POYO JE SEMUA TU. HUH!"

Eh, satu benda penting aku lupa nak mention. Biasanya kalau salah anggap ni berlaku antara:
-Lelaki dengan Perempuan
-Lelaki dengan Lelaki
Kalau Perempuan dengan Perempuan, aku tak berapa sure sebab aku ni laki. Kang cakap, salah plak kang. Aku kalau tak tahu, aku malas nak buat-buat tahu. Biar jujur. Kan? :)

Kalau korang tak percaya dengan apa yang aku kata, mungkin korang boleh try puji MEMBER korang, hensem or cantik dengan nada yang paling ikhlas. Tapi dengan syarat, puji MEMBER au. Kalau awek ke bf ke tak kira. Kalau kat adik-beradik... erm... ntah.. tak sure... ikut family r. Senang cite, korang try r sendiri. Kalau korang berjaya puji MEMBER korang dengan ikhlas, lagi-lagi yang korang rapat sampai tahap sembang kencang setiap kali bila jumpe, and mengikut syarat-syarat yang tertera (syarat jantina, etc.), 
KORANG MEMANG AWESOME!

Tapi kalau korang tak berjaya,

Korang memang "AWESOME!" haha..
*pandai-pandai la korang tukar nada bile aku tambah: 










SELAMAT MENCUBA! :D
Haha.. sekian. 

Tuesday, July 23, 2013

Tazkirah Ramadhan 2 (2013)

--> Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi ilham kepada saya dalam menulis cerita seterusnya di dalam blog saya ini. (Saja buat ayat skema)

Semalam, macam biasa solat tarawikh. Lepas tu, ada la tazkirah. Tazkirah tu berlangsung di antara empat rakaat solat tarawikh. Masa nak start tazkirah tu, memang saja la sambung tarawikh sendiri sebab ingatkan nak gerak terus lepas habih 8 rakaat tarawikh. Tapi, sambil solat tu terdengar la jugak ustaz tu bagi tazkirah. Then, macam best je.. Takpelah.. dengar kejap.

--> Tazkirah bermula...

*Ustaz ni guna loghat utara*

Ustaz: La ni, kita baru dengar bahawa tak boleh nak buat tazkirah masa solat tarawikh. Hmm... saya memang setuju sangat. Memang tak boleh buat tazkirah masa tengah tarawikh. Haram.

Aku: Hm?? (Bingung jap..)

Ustaz: Kalau kita duk tengah solat Tarawikh, pastu baca Al-Fatihah, "Alhamdulillahi Rabbil Alamin.. Ar-Rahmanirrahim.. Tuan-tuan dan Puan.. Malikiyaumiddin...tajuk tazkirah kita hari ini ialah... Iyya kana' budu wa iyya kanasta'in...".
Ha.. tu lah dia tuan-tuan.. tazkirah masa solat tarawikh. Masa solat, memang haram kita bagi tazkirah. Itu bid'ah yang nyata. Para sahabat tak buat, apatah lagi Nabi tuan-tuan. Tapi tuan-tuan, kalau bagi tazkirah selepas selesai solat tarawikh, and sebelum solat tarawikh yang seterusnya, tu takdak masalah. Macam la ni. Kalau la ni, tuan-tuan nak duduk ka, nak baring ka, nak guling-guling ka, silakan.. Kalau time la ni, tak haram.

Aku: *dalam hati* Lawak apakah ini?? haha.. *sambil mengerutkan dahi seraya tersenyum*

Ustaz: Ni saya nak tanya tuan-tuan, antara solat sunat dua rakaat dengan mendengar ilmu, mana lagi tinggi darjatnya?

Jemaah: Dengar ilmu.

Ustaz: Betul tu tuan-tuan. Even kalau solat sunat tarawikh 1000 rakaat sekali pun, dengar ilmu dalam majlis ilmu lagi tinggi darjatnya. Ha tuan-tuan, nak cerita sket ni. Sedar tak sedar dah 14 malam dah bulan ramadhan ni dan kita sekarang ni dah masuk fasa yang kedua dalam bulan Ramadhan iaitu maghfirah. Fasa keampunan. Jibril a.s. malaikat Allah kata, sesiapa yang dalam bulan Ramadhan ni, yang tak dapat keampunan Allah, "Innahum la Khosirun". Mereka semua tu, tergolong dalam orang-orang yang RUGI. Rugi sangat tuan-tuan. Nak tau sebab apa? Sebab dalam bulan ni Allah bagi BONUS. Bonus apa? "Lailatul Qadri khairum min alfi sharin". Allah bagi satu malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan. Kalau convert jadi tahun, sama dengan 83 tahun. Tu dia aih...

Ustaz: Cuba tuan-tuan bayangkan, kalau bos tuan-tuan kata, tahun ni dia nak bagi Bonus 10 tahun tapi dengan syarat, tuan-tuan kene duk ofis selama 10 hari. Toksah balik. Agak-agak tuan-tuan mau dak? Konpom semua mau. Gila tak mau? Satu bulan katalah gaji RM 3000. 12 bulan jadi RM 36000. Kalau 10 tahun, RM360 000. Banyak tu.. Uisyh.. kalau betul la bos bagi lagu tu, memang 10 hari la orang duk ofis sana. Sengap abih. Tak melawan apa langsung.

Ustaz: Tapi tuan-tuan, apa pasai BONUS yang Allah bagi sampai 83 tahun untuk amalan satu malam, ramai yang tak mau? Awat tuan-tuan? Tau dak pasai apa? Pasai TAK NAMPAK. Pahala tu memang tak nampak tuan-tuan tapi, itulah bekalan kita kat akhirat nanti. Mungkin kita kata diri kita tak materealistik. Tapi kalau antara duit dan pahala, memang kita pilih duit dulu. Mesti dunia dulu. Pasai nampak. Oleh itu tuan-tuan, sama-samalah kita berdoa agar kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar dan dalam masa yang sama kita doa jugak agar iman kita semakin hari semakin bertambah dan kita betul-betul berusaha untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

--> Tazkirah tamat.

Bilal: Fadhlam minAllahi wa nik'mah... (sambung tarawikh lagi empat rakaat)

--> Sekian. Wassalam.


Wednesday, July 17, 2013

Tazkirah Ramadhan(1) 2013

-->Assalamualaikum, pembuka bicara..
Meh sini sat, saya mau cerita..

-->Semalam. Macam biasa waktu tarawikh, ada la tazkirah di antara empat rakaat tarawikh.
Total semua lapan je tarawikh kat situ. Masa tazkirah tu, biasa la ada yang keluar, ada yang keluar masuk balik. Ada yang dengar tazkirah. Biasa la tu. Tapi Alhamdulillah ramai la yang duduk dan mendengar. Banyak yang dikongsikan uztaz tu yang saya sendiri tak pernah tahu atau mungkin terlupa. Huhu..

-->Terpanggil saya disini untuk berkongsi kisah yang diceritakan uztaz tu kat saya. Saya cerita eh..
Kisah tu macam ni. Adalah seorang hamba Allah datang kat uztaz ni seraya berkata:

Fulan(bukan nama sebenar): Ustaz, saya da buat dosa besar!

Ustaz: Apa yang kamu da buat?

Fulan: Saya da berzina dengan isteri orang! Saya menyesal sangat. Kalau bukan isteri orang, ok lagi la kot. Macam mane ni ustaz?

Ustaz: Isteri orang ke, bukan ke, sama je la. Takde pun kalau berzina dengan bukan isteri orang tu lagi ok. Hm, camni la. Apa kata kamu jumpa suami dia kemudian minta maaf?

Fulan: Tak boleh ustaz *nada bergetar*. Suami dia tu polis. Kang tak sempat apa-apa dia da tembak da saya. Jadi macam mana ni ustaz? Saya tak tahu nak buat apa da. Dosa dengan manusia kita memang kene minta maaf dengan manusia kan? Tapi, saya takde kekuatan la nak buat macam tu. Macam mana ni ustaz?

Ustaz: Hm.. macam ni la.. kalau kamu betul-betul menyesal tapi tak terdaya nak minta ampun kat orang tu, mohon dengan Allah. Allah tak boleh nak ampunkan dosa kamu dengan manusia tapi Allah boleh cover dosa kamu dengan pahala. Jadi, buatlah amalan banyak-banyak, lagi-lagi bulan Ramadhan ni. InsyaAllah.

-->Begitulah ceritanya.. moral of the story, rasanya boleh fikir sendiri. Tapi, sebelum saya tamatkan coretan saya ni, ada sambungan. Yang ni satu lagi yang menarik jugak untuk dikongsikan Sambungan ni ada kaitan dengan amalan-amalan di bulan Ramadhan. So, sesuai sangat la kalau nak kongsi.

--> Ustaz tu sambung lagi, "Tau tak, kat dunia ni, RAMAI orang yang buat BANYAK amalan tapi TAKDE PAHALA. Ni paling bahaya tuan-tuan. Beribadat bagai nak rak tapi tak dapat apa-apa. Habuk pun tarak! Ni memang selalu orang buat sebab ramai yang tak sedar or tak tahu. Ada sebut dalam Al-Quran(surah al-Baqarah kalau tak silap), perkara yang membatalkan pahala. Yang mana dalam Quran tu ada sebut camni la lebih kurang: Wahai orang-orang yang beriman, bila mana seseorang daripada kamu beribadat, JANGAN kamu bercerita perihal kamu melakukan Ibadat kepada orang lain. Sebab, kalau seorang yang nama Manusia bercerita kebaikan atau ibadat yang dilakukan kat orang lain, KONFEM RIAK! Dan bila Riak, amalan yang dilakukan tu akan jadi sia-sia. Kosong. Takde apa dah yang tinggal. Hilang habih pahala yang ada semua. Jadi tuan-tuan, kalau buat apa-apa amal jariah ke apa, zip mulut tu. Toksah duk cerita kat orang. Kalau cerita jugak, sia-sia amalan tu. Tak berguna lagi da..."

-->Tamat.

Tuesday, July 2, 2013

A Movie and Mess

There is one time I watched a movie...

I aim nothing but to release my stress. 
Neither to think nor to mess.
My head has limit and ready to crash.
Meeting the dirt after turn into ash.

The time has come, my eyes were bright.
Removing clog in vein my right.
Stare and muse the screen and light.
To journey and strike, and strike, and strike.

Shall comes to end after begin.
Fear is an option we must pass in.
Venetian is closed an exit regain. 
With inspiration, this time surely go insane.


Explanation: 
This poem I wrote after I watched movie "After Earth". Basically, this poem is a story from the beginning I watched that movie until the end. 
First paragraph means that I went to watch movie solely to release my stress and I don't want to think of anything. It is because, my head has already full of academics term since I have to study in facing final exam. The last two sentences in paragraph one is hyperbola sentences which I wanted to say that my head could crash anytime because of stress studying.
For the 2nd paragraph, this is my favourite part especially the last sentences. This paragraph portrays that the movie has started. And all I can say about that movie roughly is the hero in that movie is always being attacked along his journey. That's why in last sentence I said: "To journey and strike and strike and strike"
(p/s: strike=attack)
Finally, for the last paragraph it is well said that the movie has come to it's end. And what I get from that movie is a really beautiful lesson which is "Fear is an option". In that movie, there is also other related quote that inspires me a lot. The quote is "Fear is an image created in our own mind that MIGHT HAPPEN or MIGHT NOT". This quote has made me think to adapt it in facing final exam. Usually as a normal human being, we will always afraid of failure. Therefore, facing examination is kinda scary though. So, after watched this movie, I decided not to feel scared anymore in facing examination. Believe in myself, believe in my hardwork, believe in Allah and after that, what done is done and InsyaAllah everything will be just fine.That's all and I hope you guys like my first english poem.


p/s: thanks for reading... :)