Friday, August 26, 2011

Bukan Sebarang "TRANSFER"

Assalamualaikum dan Salam Berpuasa Semua.

Mesti ada yang pelik an, apsal la si Lauma ni buat post pasal puasa masa bulan Ramadhan da nak habis?

Ha.. itulah 'point' die.. 

Takpe, jangan pening-pening, hari ini saya tertarik untuk mengajak anda semua berfikir sebentar berkaitan Ramadhan. Sebelum saya mulakan, maaf la kalau ade terkhilaf. Maklumlah saya ni bukan ustaz, tapi teringin nak berkongsi.

Begini kesah die,

Bila setiap kali da nak abis bulan Ramadhan nih, apa yang sering berada dalam kotak fikiran kita? Tarawikh? Tadarus? Yeke? Tipu r.. Saya pun manusia gak, so, saya tau la.. 

Jadi, benda-benda yang berlegar-legar kat kepala hotak kita mesti semua pasal RAYA an? Baju Raya... Kasut Raya.. Seluar Raya.. Kuih Raya.. dan segala macam pasal pe-RAYA-an.. kan-kan?

Saya bukannya nak kata semua tu salah, tapi, ape yang saya nak sampaikan ialah,
cuba kita 'reverse' balik waktu kita mula-mula jejak bulan Ramadhan hari tu.. 

Rajin Sembahyang... Rajin Tadarus.. Rajin Baca Quran.. Jaga Pandangan..
Ha.. semua baik-baik kan? 

Sedar tak sedar semakin habisnya bulan Ramadhan, kita semakin kembali kepada 'kita' yang sebelum Ramadhan.. Tarawikh pun kadang-kadang malas nak pergi, baca Quran pun da makin kurang, mengumpat kembali bermaharajalela... Tak pelik ke? Apsal jadi camtu eh? Persoalan yang timbul, kenapa awal Ramadhan kita boleh jadi baik, hujung Ramadhan kita jadi kurang baik balik?
Nak tau kenapa?
Ha... jawapan die sebab:

SEMANGAT!

Masa mula-mula ramadhan dulu, punyalah Semangat ha.. Semangat apa korang tanya?? Semangat la..! Semangat nak puasa.. Semangat nak pergi tarawikh.. Semangat nak baca Quran.. and yang paling penting sekali, Semangat nak tambah pahala!
Pergh...! memang hebat kita tyme "Semangat" tu..

Tapi, bile da hujung Ramadhan, *GEDEGANG!*
Semangat
kebaikan Ramadhan semua da pindah gi Semangat Raya da..
Sedih~ Sedih~ *geleng kepala*

Rugi owh sebenarnye korang "Transfer" terus Semangat tu kat Raya..

Tak salah nak "Transfer" Semangat Ramadhan ke Semangat Raya... 
tapi, cuba korang kreatif sket.. 
Ape salahnye, kalau kite "TransferSemangat Ramadhan tu ke Semangat Raya, tapi, dalam masa yang sama, kita kekalkan Semangat Ramadhan tu.. 

Bak kata peribahasa, "Sambil menyelam minum air r.."

Nak beraya sakan, silakan... but, maintain je lah segala kebaikan yang kita da buat tyme bulan Ramadhan tu.. 
Kalau tyme bulan Ramdhan korang boleh adakan semangat buat baik tu, dalam bulan-bulan yang lain takkan tak boleh? Boleh je sebenarnye kalau korang dapat "TRANSFERSemangat Ramadhan tu ke dalam bulan-bulan yang lain..
Ye tak?

Anyway, last but not least.. Sama-samalah kita beramal dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari..

Akhir kalam, Maaf Zahir dan Batin andai ada tersalah kata, tersilap bicara, terguris jiwa, sepanjang saya bercerita.

"SELAMAT HARI RAYA DAN SELAMAT BERSEMANGAT RAMADHAN DALAM BULAN-BULAN YANG MENDATANG !"

Sekian, terima kasih kerana mengambil iktibar.
Assalamualaikum.

Yang Benar,
Lauma (^^)v




Saturday, July 23, 2011

Diari Pendeta

Terik membakar kejauhan diredah,
menanti detik jejak melangkah,

perlahan cuma menjadi mehnah,
ternyata jua teguh dan gagah;


Pabila mentari hilang sembunyi,
bermula satu pesta kenali,
riang dan tawa kini mulai,
bukti benarlah diri insani;


Fajar yang baru menyinsing sudah,
hayat dimula dengan basmalah,
terus menyusur tidak ditegah,
jiwa dan raga semua dikerah;


Longlai dan lemah menyusup kini, 
dakapan empuk jelas membayangi,
namun pegangan mengharung misi,
terus berjuang demi ILAHI.

*Pencerahan:
Puisi kat atas ni memang merupakan sebuah diari. Cuma yang lainnya dari diari biasa ialah aku menggunakan Bahasa Melayu yang tinggi sket daripada biasa. Kefahaman mungkin susah nak dapat kalau gayat. Yela.. tinggi an.. haha..

Ok. Ni aku nak jelaskan la ni maksud puisi kat atas dari perenggan ke perenggan.

Perenggan pertama; sebenarnya aku nak cerita yang masa hari kejadian, aku dan rakan-rakan ada program kat Port Dickson and aku mulakan cerita time kitorang tunggu bas. Masa tu tengahari or petang, dalam pukul 1 lebih camtu(Terik membakar kejauhan diredah), tunggu punya tunggu dalam pukul 3 jugak r baru bas sampai. Pastu da naik bas, dalam 3 jam jugak r nak sampai(Menanti detik jejak melangkah). So, bila da camtu, kitorang sampai lambat r dekat PD tu(Perlahan cuma menjadi mehnah). And aturcara program agak lari r bila da sampai lambat. Da la penat sume. Satu lagi, aku in charge program masa tu. Nak taknak, aku kene gagahkan diri r untuk teruskan aturcara. Kalau ikutkan hati, nak je aku tidur time tu(Ternyata jua teguh dan gagah).

Perenggan kedua; bila da malam lepas solat maghrib and isyak sume(Pabila mentari hilang sembunyi). Macam biasa r buat ice breaking(Bermula satu pesta kenali). And as expected, memang happening... Gelak-gelak sume(Riang dan tawa kini mulai). Biasa r tu kan. Kita kalau bab kenal-kenal ni memang suka(Bukti benarlah diri insani). Terutamanya kalau laki-pompuan or pompuan-laki. Sambil-sambil tu mana la tau bleh cari jodoh sekali. Ahaks~ :p

Perenggan ketiga; tibalah waktu esok(Fajar yang baru menyinsing sudah). Bangun subuh, semayang berjemaah sume(Hayat dimula dengan basmalah). And aktiviti pertama pagi tu adalah berkayak(Terus menyusur tidak ditegah). Yeay! Serius best. Kitorang kene berkayak dari tepi pantai, gi dekat satu pulau(Jiwa dan raga semua dikerah). Boleh nampak r pulau tu kalau berdiri tepi pantai. By the way, lupa nak bagitau yang tempat program kitorang tu betul-betul sebelah pantai. Hee~ :)

Perenggan yang terakhir plak merujuk kepada betul-betul lepas habih kayak tu. Kitorang berkayak bukan time pergi pulau tu je. Da sampai pulau tu, rest kejap dekat pulau tu, panjat menara api sume. Pastu berkayak balik. Serius penat(Lemah dan longlai menyusup kini). Time tu, bukan aku je rasa mengantuk macam haram, tapi semua r.. nak tidur je rasa(Dakapan empuk jelas membayangi). Memang penat gila kot.Tapi, macam aku cakap awal-awal tadi, program semua tu aku yang in charge. So, macam mana pun kene teruskan seperti yang dirancang la. Ye la.. setiap program mesti ada objektif yang kena capai an(Namun pegangan mengharung misi). Lagipun kayak tadi tu cuma program selingan je. So, dipendekkan cerita, nak bagi gagah jugak punya pasal, memang kene back to basic la; buat program ni semua ikhlas kerana Allah(Terus berjuang demi Ilahi). InsyaAllah bleh lawan sume penat yang ada. 

Well I guess, that's the end of my two days diary. And tak betul-betul dua hari pun. Banyak lagi sebenarnya aku tak letak. Program tu sebenarnya tiga hari. Aku letak kat dalam puisi tu, semua yang aku rasa, sampai bila-bila aku nak ingat. And satu lagi, aku malas nak buat panjang-panjang sangat. Kalau buat panjang-panjang-panjang gila, da jadi diari betul da. Aku nak buat puisi ringkas je, yang bila aku baca, aku boleh ingat most of detail time aku hadle program tu.

That's all. Thank you for reading. :D

Thursday, May 19, 2011

Dimana Silapnya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pernah tak korang rasa, korang berada ditengah-tengah?
Pernah tak korang rasa jadi 3 orang serentak dalam satu masa yang sama?
Kali ni aku cuma nak berkongsi pengalaman aku menjadi orang tengah kepada berpuluh-puluh orang. Em.. mgkin beratus gak kot.. Kisah die macam ni, ade  la sorang ni, aku namakan Mamat la.. Dia ni kalau pegi mane-mane, mesti orang tak suka die.. memang sebab sikap die lar.. cakap lepas sampai terlebih mungkin.. and then kalau baru kenal orang, die selambe badak je cakap kasar ngan orang baru tu.. kire bajet good la.. mane orang nak sukenya kalau camtu.. Tapi sebenarnya, aku bukan nak cerita pasal perangai Mamat ni. Apa yang aku nak cerita sebenarnya, setiap kali aku jumpe dgn org camtu, mesti aku boleh je baik dengan dia.. Kenapa? Ha.. tu lah korang.. Banyak kali dengar 'Positive thinking'.. tapi, korang buat ke? Buat?! Ye ke? Bile mase? Sekali jek dalam 1000 kali? Yang lagi 999 tu camne? Ha.. hampir sume 'negative thinking' kan? Ala.. tak payah temberang la.. Aku pun manusia gak.. Aku tau la.. ha.. tapi, tu lah.. memang la kita tak payah layan sangat orang yang bajet good macam Mamat tu.. kang makin menjadi-jadi pulak.. tapi, the point is, tak perlu kot kita nak burukkan lagi die kat tempat-tempat lain.. Maksud aku cakap belakang la.. kalau ye pun meluat dengan seseorang tu, nak cakap pun biar la berpada-pada.. jangan la sampai influence orang yang tak kenal die jadi benci die gak.. kalau korang kata korang berkata yang benar, korang patut ingat frasa ni, "setiap yang tidak benar itu fitnah, setiap yang benar itu mengumpat (untuk perkara yang x elok je)". 
Setiap orang menilai dengan cara berbeza.. Tapi kan, kalau korang mampu la, just keep on 'sabar'ing... kalau korang maintain je sabar, mungkin korang akan tau lebih banyak lagi.. korang akan tau kenapa die boleh jadi macam tu.. then, korang akan faham apa yang korang sebelum ni tak faham.. Lastly, cuba lah kita sama-sama berfikir, macam mane kalau kita kat tempat orang yang macam tu.. mesti sedih kan? kita nak wat baik pun, orang salah tafsir... baik kite teruskan je dengan perangai kite yang sedia ade.. ubah jadi baik pun orang cakap macam-macam gak.. anyway, sekali-sekala tu, fikir-fikirkan lah eh.. aku bukannya perfect sangat.. tapi sekadar berkongsi.. sharing is caring.. so, this is the prove that I care about u.. Yup.. You! The one who reading...


Yang Benar,
Lauma (^^)v

Friday, April 29, 2011

Al-kisah

Al-kisah.. terdapat seorang manusia yang dikenali sebagai 'Orang'. Orang merupakan pelajar pintar yang sering cemerlang dalam pelajarannya. Bukan hanya setakat itu, Orang juga merupakan seorang atlit yang sangat aktif sehinggalah dia digelar "Bukan Manusia"; dah la pintar atlit pulak tu. Dalam erti kata lain, bolehlah dikatakan bahawa Orang ini seorang Genius!
Disebabkan Orang ini seorang yang "Bukan manusia", Orang juga memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi yang mana mampu mewujudkan aura kepimpinannya setiap kali berhadapan dengan orang. Bak kata pepatah
"Campaklah Orang Ke Mana Pun, Nescaya Orang Akan Berjaya". *xde dalam kamus dewan*. Akan tetapi, setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelemahan Orang terletak pada kurangnya percaya yang dia seorang yang hebat menjadikan Orang begitu merendah diri. Setiap kali ditanya soalan kepadanya mengenai pelajaran, pasti "x tahu" merupakan jawapan wajib si Orang ini. Oleh sebab itu, ramai yang berpendapat bahawa Orang kedekut ilmu dan pelbagai lagi perspektif negatif. Lama-kelamaan, persepsi-persepsi negatif berkaitan Orang tersebar secara meluas dan ini menjadikan ramai orang berpandangan serong terhadap Orang.
Akhirnya, segala kehebatan Orang cuma menjadi satu perkara remeh tetapi kelemahan Orang sahaja yang menjadi tumpuan terhadapnya.


Moral:
1. Terdapat pelbagai manusia yang hebat di dunia ini. Jangan rasa kita ni bagus sangat.
2. Kenapa perlu berfikiran negatif kalau kita boleh berfikiran positif?
3. Setiap manusia ada kelemahan dan nak taknak tidak, kita mesti cuba sedaya upaya untuk mengatasi kelemahan kita.

Moral tersirat:
1. Pandangan negatif yang wujud terhadap Orang pastinya bermula dengan umpatan."Ketahuilah wahai umat Muhammad, dosa mengumpat hanya akan diampunkan Tuhan andai kata orang yang kita umpat itu memaafkan kita". Bertaubatlah dan Bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar Taqwa.

Sekadar menyampaikan,
Lauma

Tuesday, April 12, 2011

RENUNGAN

Di kala aku kesepian:
Aku mencari diri yang hilang kian~
Bukan kerana ditinggal dek kawan~
Cuma terdetik untuk mencari kepastian~
Dalam samar, kelam kegelapan~
Entah kemana hilang cahaya gemerlapan~
Fajar menyinsing tetap tidak ketemuan~
Gelap-gelita hidup memalingkan tuhan~
Hati berteriak sakit batin mula terkesan~
Itulah akibat terleka di dunia sakan~
Jemari terketar pabila sesat tak temu jalan~
Kalam keramat baru teringat "Ya Tuhan"~
Lembah kehinaaan kini cuma sejengkal tangan~
Mungkin kemahuan terlebih dari keimanan~
Nanti diseksa barulah menjerit jangan~
Onak dan duri itulah pengalaman~
Pacu ke jalan alam kedewasaan~
Quran dijaga demi terbentuk seorang insan~
Rugi tiada hidup dalam ketaqwaan~
Sembah Yang Esa tanda diri kesyukuran~
Tampilan murni akhlak pasti jadi ikutan~
Ummah terbaik itu kata Nabi junjungan~
Video akhirat pasti tidak dimalukan~
Walau berjuta godaan jin dan setan~
X-ray pun teguh hatimu mengikut jalan tuhan~
Zamrud umpama jikanya lepas segala ujian~

Monday, February 21, 2011

Persoalan: "Jejaka dan Pengurusan Masa?"

   Adalah terdapat kisah seorang jejaka yang mempunyai masa sebanyak 24 jam sehari.. Untuk pengetahuan sekalian, jejaka ini amat berminat dengan kerja-kerja seperti mengukir (kayu) dan (ais). Akan tetapi, jejaka ini sukar untuk menolak  jika ada orang meminta bantuannya untuk menolong. Dan untuk pengetahuan, jejaka ini masih belajar..
   Nak dijadikan cerita, pada suatu hari adalah rakan kepada jejaka ni meminta pertolongan kepadanya untuk bersama-sama masuk dalam pertandingan memasak. Nak kata hebat memasak, tidaklah begitu.. setakat potong-potong bawang, cili sayur tu, tau la.. tu pun tau sikit je.. kiranya just nak cukupkan team memasak tu, nak tolong r tu; lepas tu, pertandingan memasak tu plak lagi sebulan je.. so, kalau tiada aral melintang insyaAllah la xde masalah..
   Nak dijadikan cerita lagi, adalah DUA Syarikat Besar menawarkan jejaka tersebut untuk mengukir. Satu Syarikat minta ukir kayu, satu lagi syarikat minta ukir ais.. Disebabkan kedua-duanya merupakan minat jejaka tersebut dari kecil, maka kedua-duanya diterima jejaka tersebut dengan hati yang terbuka..
   Tapi, masalahnya sekarang jejaka tersebut belajar pada siang hari, bekerja pada malam hari, dan mengisi masa petang dengan malakukan ukiran-ukiran kayu dan ais bagi memantapkan lagi hasil tangan beliau terhadap kerja yang bakal dilaksanakan pada malam hari. Jadi, bagaimana pula dengan pertandingan memasak yang disertainya tadi untuk tujuan menolong? Sudah pasti jejaka tersebut perlu juga mengikuti latihan memasak dengan group memasak tadi bagi menjadikan masakan berkumpulan itu effisyen dari segi masa dan sempurna dari segi rasa. Maka, jejaka berkata dalam hatinya, "Tidak mengapa jejaka, kau bole  buat..". Berbekalkan keyakinan diri, jejaka tersebut mangambil keputusan untuk CUBA buat terbaik setiap kali dapat hadir latihan bersama kumpulan memasak.. Akan tetapi, apa yang dialami jejaka tidak dirasai ahli lain kerana mereka yang lain tidak tahu. Oleh itu, sang jejaka memberitahu kepada ahli kumpulan bagaimana dia akan cuba untuk memberi komitmen kepada latihan memasak tersebut.. (*Dengan tarikh pertandingan memasak tu ditunda ke sebulan akan datang. Ingatkan da nak abes da pertandingan tu*) Tapi, Ye lah.. manusia berbeza-beza, ada yang menerima dan ada yang tidak dapat menerima dengan masalah yang disuarakan sang jejaka.. "ko ingat ko sorang je buzy Jejaka? semua orang ada life, tapi boleh berkorban.. kenapa ko xbleh? ni sume masalah pengurusan masa. Uruskan masa ko betul-betul jejaka".
   Baiklah, apa bezanya jejaka dengan ahli kumpulan memasak yang lain? Untuk pengetahuan sekalian, majoriti ahli memasak dalam kumpulan tersebut amat berminat dengan memasak dan itu minat mereka sejak kecil, jadi secara langsung atau tidak, mereka akan berkorban apa saja demi mengecapi kejohanan dalam pertandingan memasak yang akan berlangsung. Disebalik itu, jejaka mempunyai minat yang mendalam dalam mengukir (kayu) dan (ais) dan berharap dapat bekerja dengan syarikat yang perlukan khidmat beliau dalam ukiran. So, secara logiknya, jejaka sanggup berkorban jiwa dan raga demi kerja yang diminatinya dan menjadi hobi beliau sejak kecil.
   Jadi, persoalannya sekarang adakah tarikh pertandingan memasak yang ditunda itu salah jejaka tersebut (*menyebabkan latihan bertambah lagi sebulan*) ? Ke salah tindakan jejaka tersebut ingin menolong? Ataupun jejaka tersebut tak pandai uruskan masa? Kawan jejaka ke yang salah? Ahli kumpulan ke yang salah? Ke takde sesiapa yang salah?
  Kalau korang la jadi jejaka, korang buat apa? Kalau jadual harian jejaka da penuh dengan apa yang diminati sejak kecil dan tuntutan keluarga untuk terus belajar.. Nak urus macam mana lagi masa yang ada untuk latihan berkumpulan tersebut?

*Cuba bagi pendapat~ @-@

Tuesday, February 1, 2011

Aku Seorang "LAWYER"

Al kisah.. terdapat seorang jejaka bernama Aku. Aku ni memang suke r kalau bab-bab me"lawyer" buruk orang.. Orang cakap A die cakap B.. Orang cakap B die cakap C.. Kadang-kadang tu, sampai orang cakap C die terus pegi Z! Sungguh kurang asam budak Aku ni..

Nak dijadikan cerita, ada lah satu hari ni, mase Aku sedang bekerja (untuk pengetahuan korang Aku ni keje jual Waffle), datang seorang budak untuk membeli waffle. " Bang, waffle satu bang.. eh, tak.. dua.." sambil menunjukkan 'peace' ke arah Aku,... Aku pun menjawab dengan konfidennya, "WAFFLE xde dik.. abang jual PIZZA.." *sambil memasukkan adunan "PIZZA"(waffle) ke dalam dua acuan* Budak tu pun kate balik, "Eh, ni bukan kedai WAFFLE ke? apsal jual PIZZA plak..? yang abang buat tu ape?" Aku sekadar senyum dan ketawa kecil (takde r kecil sangat..) melihat budak yang di"lawyer" buruk itu..
5 minit kemudian, setelah kedua-dua WAFFLE itu sudah masak, Aku pun bertanya kepada budak itu, " ha.. da masak da WAFFLE ni dik.. nak perisa ape? " budak itu pun jawab, "kaya..". Biasanya orang beli waffle, diorang letak dua perisa an? So, Aku pun tanya balik kat budak tu, " kaya dengan?" dan dengan selambanya budak itu menjawab, "KAYA DENGAN VITAMIN C! wakaka~"... "Cis! terkena balik aku..".

So, the moral of the story is, janganlah kita suka me"lawyer" buruk orang.. Kalau tak nanti, mesti kita kena balik... Kalau nak jadi "LAWYER" sekalipun, biarlah jadi "LAWYER BARU".. jangan jadi "LAWYER BURUK" hoho..

p/s: this story is based on true story which is made by me. So, this story is true or not? Give your answer in less than 20 words.

Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
Aku. (^^)v

Sunday, January 16, 2011

Demi Masa

Pepatah arab mengatakan "masa itu umpama emas" , "masa itu umpama pedang, kalau kamu tak potong dia, dia yang akan potong kamu".. Dan dalam surah Al-'Asr mengatakan "demi masa, sesungguhnya manusia di dalam kerugian, melainkan meraka yang beriman dan beramal soleh".

Oleh itu, kawan-kawan nak taknak tidak, kita mesti menghargai masa yang kita ada.. Sampai 3 ha.. (pepatah + surah) aku bagi pasal masa jek.. Memang ramai yang dah tau benda ni.. tapi, tu r.. aku terasa nak mengingatkan.. huhu.. Jadi selain aku nak berceloteh pasal 'masa' nih, aku nak kongsi la dengan korang sume macam mana nak guna masa dengan EFFISIEN.

Ha.. mesti ramai yang nak tau an.. ha.. lek lu.. cara die, eh.. jap-jap.. yang aku nak cakap ni sebenarnye bukan cara sangat r.. die lebih kepada 'Rule!'.. Ok, first rule is.. JANGAN TANGGUH! Ha.. ni memang orang Malaysia punye 'favourite'.. yang ni la masalah kita.. lepas tu mulalah bagi amcam-macam alasan.. kucing nak beranak la.. nenek nak kahwin r.. trafik jam.. sume r.. kalau betul kita nak effisienkan mase kita, sikap suka TANGGUH ni pegi baling jauh.. biar die pegi tak kembali dah.. ha.. gitu... Ingat!

The next rule is, GUNA MASA YANG KITA ADA SEHABIS BAIK! ha.. yang ni pulak memang 'fully; kene disiplin r.. kalau korang nak wat report r contohnye.. wat report tu.. jangan pandang kanan, jangan pandang kiri, bawah atas sume takyah pandang.. korang pandang keje korang jek.. korek hidung pun jangan, em.. kalau sakit perut plak cane? argh..! x yah ngade2.. xde maknenye.. siapkan dulu keje yang korang ade.. korang target r mase korang nak start wat kerje tu, korang nak wat sampai mane dulu tyme tu.. pastu, 'straight' r wat.. jangan banyak kerenah plak.. kalau korang nak tau, bende kecik-kecik macam pandang sana sini and sume yang aku cakap kat atas tu la yang menyebabkan masa korang tak effisien.. tapi, kalau korang nak set buat sampai mane tu, biar r logik and tak membebankan.. jangan r set nak wat straight sampai 5-6 jam.. 1 jam pun da cukup kalau korang betul-betul fokus.. pastu rehat-rehat sket.. then, sambung balik satu jam.. baru la effisien..

The next and the last thing untuk kali ini ialah KORANG KENE TAHU APA YANG KORANG NAK BUAT! yang ni pun penting gak dari segi meng'effisien'kan mase korang.. apsal lak ek? memang r.. cuba la korang bayangkan korang nak wat latihan 'add math' la.. tapi, bile bukak je satu soalan, ha.. sangkut.. pastu sampai berejam la korang duk tenung soalan tu.. ye la.. nak wat latihan, tapi, nak start camne pun tak tahu.. die kalau cara yang betul, korang kene buat latihan or ape-ape keje, dekat sebelah ngan orang yang boleh kita 'refer'. So, bile tak tahu je, terus tanya, tak tahu je, tanya.. kan effisien camtu.. ha.. baru la mase korang tak terbuang macam tu jek.. ape die? "terbuang macam tu" tu camne? macam yang korang selalu buat tu r.. menung, melangut, last-last ape pun tak jadi.. ha.. tu la korang.. *kita lebih kurang je sbnarnye.. huhu*.. So, ape kate mulai sekarang (JANGAN TANGGUH) kita berubah kepada yang lebih baik.. urus mase tu biar cantik sket.. baru lah boleh jadi insan yang cemerlang, gemilang, terbilang sket.. "Insan yang cemerlang yek, datangnye dari akal yang bersih.. yek.. jiwa yang tenang.. yek.." haha.. So, renung-renungkan dan selamat beramal! 
(^^)v

Thursday, January 13, 2011

Leadership

Hai! Assalamualaikum dan bertemu lagi kita dalam konseptulisme. Kali ini aku muncul untuk berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai "leadership". Mungkin akan ada orang kata, "hekeleh.. bende ni sume orang tau.."tapi, tu lah.. cuba orang yang kata tu, bagitau apa yang dia tau pasal 'leadership'.. Ha.. kalau die tak kata "aaaaaaaaaa........" mesti die diam je seribu bahasa.

Ok lah.. tak yah panjang-panjang cerita, aku mulakan dengan jenis-jenis leadership yang ada. Sebenarnya ada dua je bentuk leadership yang ada iaitu jenis "boss" dan jenis "leader".
Apa bezanya "boss" ngan "leader" nih? Kalau boss, seseorang tu lebih kepada nak mengarah je.. "ko buat tu.. ko buat ni.. Ha! yang kat sane tu, ko tido ke ape?! jangan malas-malas! cepat siapkan tugas yang aku bagi! korang gak yang lantik aku jadi ketua an.. so, buat la apa yang aku suruh.."

Kalau leader pulak "ok sume hari ini kita akan bagi tugas untuk program yang kita rancang.. ko, senang je, uruskan bahagian persiapan tempat.. ko plak senang jugak mohon PA system dkat pejabat.. and ko, lagi senang.. ko buat surat jemputan.. nah 'thumbdrive' dalam ni ada contoh surat sebelum-sebelum ni.. ko just edit jek.. yang lain-lain, kalau ada problem, ko cakap jek dengan aku, kite 'settle'kan same-same.. jangan pening-pening kepala.. sume bende 'simple' jek.. 

Ha.. nampak tak bezanya? kalau boss, memang fully mengarah r.. tapi kalau leader, still menjadi 'peng'arah tapi, die guide orang bawah.. kira lebih kepada sama-sama buat r.. So, korang rase korang jenis yang mana?
Kalau korang rasa nak jadi 'boss' terus la jadi 'boss'.. tapi kalau korang rasa korang 'boss' tapi nak berubah kepada leader, resenya takde masalah kot nak berubah.. kan?

p/s: aku sebenarnye ada kelas jap lagi.. so, ak berhenti kat sini dulu la.. lain kali aku sambung lagi.. apa la salahnya berkongsi ilmu an.. Nantikan (Leadership II) hoho.. InsyaAllah..