Wednesday, March 26, 2014

kehilangan & KEHILANGAN...

[MH370: 229 Orang Terkorban] 

=25 Mac 2014=
Seluruh Malaysia turut merasa kesedihan apabila Dato' Seri Najib mengumumkan tentang berakhirnya MH370 di selatan Lautan Hindi. Kenapa masyarakat Malaysia sedih? Sebab kita dekat Malaysia ni, memang sangat perihatin. Kebanyakan dari kita mampu untuk turut meletakkan diri ditempat orang yang merasai keperitan. Atau dengan kata lainnya mampu mewujudkan satu perasaan empati terhadap keluarga-keluarga mangsa terlibat. Tahniah kepada Malaysia dan tahniah kepada seluruh dunia di atas keperihatinan anda semua. Namun, tahukah anda... ada kisah yang lagi besar???

[529 Penyokong Dr. Morsi (Golongan Ikhwanul Muslimin) DIJATUHKAN HUKUMAN MATI]

=25 Mac 2014=
Sedih! Ini bukan hukuman. Ini pembunuhan!

Saya dengan rasa rendah hati mengakui bahawa saya bukanlah orang yang alim, warak dan bukanlah baik sangat pun. Cuma terpanggil untuk berbuat sesuatu di atas apa yang terjadi. Semoga penulisan ini mampu memberi sedikit sebanyak info untuk anda semua menilai.

Semalam, nak dijadikan cerita, singgah di sebuah masjid di Bangi. Selesai sahaja solat Isya', Alhamdulillah ada solat hajat dan kemudian ceramah ringkas mengenai hala tuju Ikhwanul Muslimin oleh seorang yang pernah menjadi tahanan Israel sewaktu membantu di Ghaza (Orang Malaysia). Berikut merupakan isi ceramah ringkas tersebut:

Penceramah:
Mungkin ramai yang tak berapa tahu berkenaan Ikhwanul Muslimin, jadi saya ceritalah sikit. Setelah kejatuhan kerajaan Islam suatu masa dahulu, kebanyakan orang Islam sering terpedaya dengan cara dan gaya hidup eropah dan hidup berlandaskan syariat sudah semakin menyepi. Sehinggalah muncul Imam Hassan Al-Banna, orang yang mengenalkan al-ma'thurat hasil kompilasi dari ayat-ayat quran dan hadis mengikut sunnah. Dan Imam Hassan Al-Banna ini jugalah yang memulakan gerakan Ikhwanul Muslimin. Tujuan gerakan ini cuma satu, iaitu untuk menghidupkan kembali amalan-amalan harian masyarakat berlandaskan Syariah Islamiah. Atau dengan kata lainnya, mengembalikan orang Islam zaman kini kepada orang Islam di zaman para sahabat dan anbia'. Namun, yahudi cukup membenci gerakan ini sehinggalah Imam Hassan Al-Banna mati syahid (diBUNUH!).
.....
Pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak telah mendapat tentangan hebat masyarakat mesir sehingga berlakunya Arab Spring yang mana seluruh dunia menyaksikan kejatuhan beliau.

Siapa yang jatuhkan Hosni Mubarak? Ikhwanul Muslimin ke?

Bukan!

Ikhwanul Muslimin mempunyai satu prinsip iaitu tidak menggunakan kekerasan dan keganasan dalam perjuangan. Islam tidak ajar membunuh. Islam bukan terrorist! Apa yang berlaku semasa Arab Spring ialah masyarakat mesir sendiri bangkit untuk mempertahankan hak mereka.

Cuba bayangkan mesir yang membuka terusan Suez, yang mana boleh mengaut keuntungan yang sangat tinggi melalui kutipan cukai, tetapi peratusan rakyat miskin sangatlah tinggi di mesir. Itu salah satu contoh yang memperlihatkan kepada kita tentang korupsi yang berlaku.

Akibat daripada korupsi yang berlaku, masyarakat bangkit kerana sudah tidak tahan sekaligus cuba untuk mengeluarkan diri mereka daripada sistem yang tidak adil. Suatu sistem yang menafikan hak rakyat. Dikala rakyat ingin bangkit, Ikhwanul Muslimin tampil bersama-sama rakyat untuk menentang ketidakadilan yang berlaku.

Alhamdulillah pada Jun 2012, mesir baharu berjaya dibentuk melalui sistem demokrasi dan Dr. Morsi
dilantik menjadi Presiden Mesir setelah pilihanraya memihak kepada beliau iaitu sebanyak 52% daripada pengundi-pengundi di Mesir.
.....
Namun, pada 3 Julai 2013 bermulanya detik hitam apabila kerajaan halal yang sah dibentuk oleh rakyat melalui proses demokrasi digulingkan oleh tentera.

Golongan Ikhwanul Muslimin dan golongan-golongan yang cintakan keamanan kemudiannya berhimpun secara aman di dataran Raba'ah (4) sebagai tanda protes.

Yahudi yang tiada perikemanusian tidak boleh menerima protes tersebut dan bertindak kejam menggempur orang awam yang tidak bersenjata dan MEMBUNUH mereka. Sangat kejam. Orang awam tu bukan orang Islam je, orang bukan Islam pun ada.

Tempat-tempat berhimpunnya orang Islam seperti masjid, diBAKAR. Gereja yang menjadi tempat berhimpun orang Kristian pun diBAKAR. Tujuannya apa? Nak hapuskan sama sekali gerakan yang menegakkan kebenaran. Nak bagi semua orang yang bangkit mengakkan keadilan jadi takut. Sehinggakan hospital pun dibakar supaya orang yang cedera tidak dapat dirawat. Ini bukan lagi kisah muslim. Ini kisah perikemanusian. Tidak ada hati perut langsung mereka ni. Zaman moden macam sekarang ni pun, masih ada manusia bersifat FIRAUN.

Tak cukup dengan itu, pada 25 Mac 2014 (Selasa), seluruh dunia turut bersedih apabila tahanan puak israel laknatullah, iaitu seramai 529 ORANG yang mana majoritinya IKHWANUL MUSLIMIN telah dijatuhkan HUKUMAN MATI. Hukuman ini dijatuhkan selepas 3 hari perbicaraan tanpa ada ruang untuk pembelaan. Hukuman disabitkan atas kesalahan merusuh pada Ogos 2013. Apa yang peliknya, dalam kalangan 529 Orang yang disabitkan kesalahan, ada yang berada di dalam tahanan dan ada juga yang berada di luar negara sewaktu rusuhan berlaku. Tetapi, tetap disabitkan hukuman atas kesalahan merusuh yang sama. Sangat TIDAK LOGIK DAN TIDAK ADIL!. PERBICARAAN JENIS APA NI?
INI BUKAN HUKUMAN! INI PEMBUNUHAN!

*ceramah tamat*

Sedarlah wahai muslimin. Saudara-saudara kita di mesir ditindas habis-habisan. Hak-hak kemanusiaan dicabul. Tiada lagi erti kemanusiaan dalam kamus hidup mereka. Hanya DOA yang mampu kita hulurkan. Jika MH370 memberi kesan kepada rakyat Malaysia, kekejaman terhadap Ikhwanul Muslimin sepatutnya lebih memberi kesan kepada rakyat Malaysia.

Bayangkan jika 529 Orang para Ulama' dibunuh, iaitu mereka yang cuba menegakkan agama Allah dibunuh sewenang-wenangnya, ke mana hala tuju kita sebagai umat Islam? Ilmu kita tentang Islam banyak mana je? Siapa yang nak ajar kita tentang Islam nanti kalau semua ulama' dah takde?

Akhir kata, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia disamping berdoa untuk MH370, sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan rakyat mesir yang ditindas. Berdoalah supaya hak-hak rakyat mesir dikembalikan. Perbicaraan diadakan seadil-adilnya. Dan yang paling utama, berdoalah supaya 529 Orang yang dihukum bunuh terselamat. Segalanya mungkin dengan kekuasan yang ESA. Amin ya Rabbal-'Alamin.

#sekadar berkongsi menyampaikan isi ceramah.
#saya hanya orang biasa yang juga banyak melakukan kesilapan.
#minta maaf sangat-sangat kalau-kalau ada fakta yang salah (kalau salah tolong betulkan)

Wallahu'Alam...

Wednesday, July 31, 2013

Tazkirah Ramadhan 3 (2013)

Atas kelewatan ke surau, maka cerita saya bermula di pertengahan...

Ustaz: Ni saya saya nak tanya tuan-tuan. Agak-agaknya la, kalau ada orang hina or caci maki mak bapak kita, tuan-tuan marah tak?

Audiens: *Mengangguk*

Ustaz: Maunya tak marah?! Andai kata ada la orang buat camtu, memang menyirap tuan-tuan. Bende bab keturunan memang sensitif. Kalau orang nak maki hamun kat kita, boleh tahan lagi eventhough ada limit. Tapi, kalau orang sentuh bab keturunan memang macam "Eii!" *buat gaya nak lempang backhand". Terus berderau darah naik kat kepala tak tahan geram punya pasal.

*Senyap kejap*

Ustaz: Tapi tuan-tuan, kalau satu hari nanti mak bapak kita dijemput Allah, mampu ke tuan-tuan untuk mandikan jenazah? Ada pernah tuan-tuan amek kesah pasal mandikan jenazah? Atau ikut zaman sekarang la kan, suruh je orang surau or syarikat swasta yang uruskan. Zaman sekarang ni memang ada tuan-tuan syarikat yang tawarkan khidmat mandikan jenazah ni semua. Siap ada pakej lagi ha..
...
Tapi sanggupkan tuan-tuan untuk biar orang tengok aib mak bapak tuan-tuan? Kalau orang hina mak bapak kita, orang hina keturunan kita, marah bukan main. Time sampai mak bapak da takde nanti, tuan-tuan tak boleh nak uruskan. Biar orang uruskan. Biar orang tengok aib dorang. Ntah sape-sape ntah yang uruskan, arwah pun tak kenal orang yang uruskan tu.

Ustaz: Saya ni bukan apa tuan-tuan... Tapi, pernah tak tuan-tuan terfikir kalau mak-mak bapak kat luar sana, kalau da meninggal, pastu yang uruskan bukan anak dia; kalau diizinkan Allah untuk dia bangun 2 minit apa yang dia kata :-

"Bapak": Aku besarkan ko dari kecik sampai besar. Siang malam aku bekerja. Tak cukup dengan tu aku buat kerje part time. Semata-mata nak tengok ko hidup senang. Cukup makan, cukup pakai sume. Tapi, bila aku da takde, jenazah aku pun ko tak nak uruskan? Sampai hati ko nak...

"Mak": Sembilan bulan aku kandungkan ko. Aku lahirkan ko dengan bersusah payah sampai koyak rahim aku. Aku susukan ko. Besarkan ko dari kecik sampai besar. Doakan ko berjaya dunia akhirat. Tapi bila aku da takde, jenazah aku ko bagi orang lain uruskan. Orang yang aku tak kenal. Ko biar aib aku dilihat orang. Ini rupenye balasan ko kat aku? Sampai hati ko nak...

Ustaz: Jadi tuan-tuan, andai ada kesempatan, belajarlah cara uruskan jenazah. Ambil berat pasal bende ni. Bukan bermakna kita belajar cara uruskan jenazah, kita harapkan mak bapak kita mati. Tapi sekadar menambah ilmu dan mengingatkan kita akan kematian. Moga-moga kita tergolong dalam orang-orang yang bertakwa. InsyaAllah.

Sekian.

Monday, July 29, 2013

Credit to...

This BLOG will be on "PINK & HELLO KITTY" for two days (until 30/7/2013) to show my credit to my friend Che Engku Amalina (Chiko) for her ideas and support of my blog. Thank you. :D

p/s: This is her request. Im not the pink type. Huhu.. (T-T)


ME pensive because of PINK