Friday, April 29, 2011

Al-kisah

Al-kisah.. terdapat seorang manusia yang dikenali sebagai 'Orang'. Orang merupakan pelajar pintar yang sering cemerlang dalam pelajarannya. Bukan hanya setakat itu, Orang juga merupakan seorang atlit yang sangat aktif sehinggalah dia digelar "Bukan Manusia"; dah la pintar atlit pulak tu. Dalam erti kata lain, bolehlah dikatakan bahawa Orang ini seorang Genius!
Disebabkan Orang ini seorang yang "Bukan manusia", Orang juga memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi yang mana mampu mewujudkan aura kepimpinannya setiap kali berhadapan dengan orang. Bak kata pepatah
"Campaklah Orang Ke Mana Pun, Nescaya Orang Akan Berjaya". *xde dalam kamus dewan*. Akan tetapi, setiap manusia mempunyai kelemahan dan kelemahan Orang terletak pada kurangnya percaya yang dia seorang yang hebat menjadikan Orang begitu merendah diri. Setiap kali ditanya soalan kepadanya mengenai pelajaran, pasti "x tahu" merupakan jawapan wajib si Orang ini. Oleh sebab itu, ramai yang berpendapat bahawa Orang kedekut ilmu dan pelbagai lagi perspektif negatif. Lama-kelamaan, persepsi-persepsi negatif berkaitan Orang tersebar secara meluas dan ini menjadikan ramai orang berpandangan serong terhadap Orang.
Akhirnya, segala kehebatan Orang cuma menjadi satu perkara remeh tetapi kelemahan Orang sahaja yang menjadi tumpuan terhadapnya.


Moral:
1. Terdapat pelbagai manusia yang hebat di dunia ini. Jangan rasa kita ni bagus sangat.
2. Kenapa perlu berfikiran negatif kalau kita boleh berfikiran positif?
3. Setiap manusia ada kelemahan dan nak taknak tidak, kita mesti cuba sedaya upaya untuk mengatasi kelemahan kita.

Moral tersirat:
1. Pandangan negatif yang wujud terhadap Orang pastinya bermula dengan umpatan."Ketahuilah wahai umat Muhammad, dosa mengumpat hanya akan diampunkan Tuhan andai kata orang yang kita umpat itu memaafkan kita". Bertaubatlah dan Bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar Taqwa.

Sekadar menyampaikan,
Lauma

Tuesday, April 12, 2011

RENUNGAN

Di kala aku kesepian:
Aku mencari diri yang hilang kian~
Bukan kerana ditinggal dek kawan~
Cuma terdetik untuk mencari kepastian~
Dalam samar, kelam kegelapan~
Entah kemana hilang cahaya gemerlapan~
Fajar menyinsing tetap tidak ketemuan~
Gelap-gelita hidup memalingkan tuhan~
Hati berteriak sakit batin mula terkesan~
Itulah akibat terleka di dunia sakan~
Jemari terketar pabila sesat tak temu jalan~
Kalam keramat baru teringat "Ya Tuhan"~
Lembah kehinaaan kini cuma sejengkal tangan~
Mungkin kemahuan terlebih dari keimanan~
Nanti diseksa barulah menjerit jangan~
Onak dan duri itulah pengalaman~
Pacu ke jalan alam kedewasaan~
Quran dijaga demi terbentuk seorang insan~
Rugi tiada hidup dalam ketaqwaan~
Sembah Yang Esa tanda diri kesyukuran~
Tampilan murni akhlak pasti jadi ikutan~
Ummah terbaik itu kata Nabi junjungan~
Video akhirat pasti tidak dimalukan~
Walau berjuta godaan jin dan setan~
X-ray pun teguh hatimu mengikut jalan tuhan~
Zamrud umpama jikanya lepas segala ujian~