Sunday, November 28, 2010

Spontan?

Pertama sekali, apa yang akan aku tulis ni merupakan satu refleks spontan.
Ye ke? Kenapa pulak? Ha.. mesti korang tanya camtu an?
Biarlah aku bagitahu 'reason'nya.. Sebabnya ialah aku menulis dalam keadaan aku tidak berfikir ape2.
Eh, logik ke? Macam tak logik je.. Memang tak logik pun sebenarnya.. Itulah kelebihan aku. Haha..
Tapi kan, kalau korang perasan, sekejap je da sampai bawah ni ha aku menulis. Macam mane boleh jadi camtu eh?
Ha... yang ni la aku nak cerita sebenarnya.. Kalau korang nak tahu, setiap manusia ni dianugerahkan tuhan satu kebolehan kepada semua manusia untuk bertindak secara spontan.
Contohnya:
1) kalau kita terpegang satu benda panas, kita akan cepat-cepat tarik tangan kita
2) kalau kita tersalah cakap satu bende, then cepat2 kita 'cover'

Oleh itu, berdasarkan konsep di atas, aku menggunakan kebolehan spontan yang dianugerahkan tuhan, untuk menulis tanpa berfikir. (*Penulis buat muka yakin)
Percaya tak? Percaya je la.. Kalau korang tak percaya pun, apa yang korang bleh buat? haha..
Konklusinya, kita boleh memanipulasi segala kebolehan yang kita ada untuk menghsilkan sesuatu yang menarik. Sekian sahaja ngomelan dari aku dan terima kasih. (^^)v

p/s: komen tanpa ada ID (anonymous) sudah dibuka sekarang! Komenlah semahu-mahunya.. Anda mampu mengubahnya.. hoho

No comments:

Post a Comment