Saturday, July 23, 2011

Diari Pendeta

Terik membakar kejauhan diredah,
menanti detik jejak melangkah,

perlahan cuma menjadi mehnah,
ternyata jua teguh dan gagah;


Pabila mentari hilang sembunyi,
bermula satu pesta kenali,
riang dan tawa kini mulai,
bukti benarlah diri insani;


Fajar yang baru menyinsing sudah,
hayat dimula dengan basmalah,
terus menyusur tidak ditegah,
jiwa dan raga semua dikerah;


Longlai dan lemah menyusup kini, 
dakapan empuk jelas membayangi,
namun pegangan mengharung misi,
terus berjuang demi ILAHI.

*Pencerahan:
Puisi kat atas ni memang merupakan sebuah diari. Cuma yang lainnya dari diari biasa ialah aku menggunakan Bahasa Melayu yang tinggi sket daripada biasa. Kefahaman mungkin susah nak dapat kalau gayat. Yela.. tinggi an.. haha..

Ok. Ni aku nak jelaskan la ni maksud puisi kat atas dari perenggan ke perenggan.

Perenggan pertama; sebenarnya aku nak cerita yang masa hari kejadian, aku dan rakan-rakan ada program kat Port Dickson and aku mulakan cerita time kitorang tunggu bas. Masa tu tengahari or petang, dalam pukul 1 lebih camtu(Terik membakar kejauhan diredah), tunggu punya tunggu dalam pukul 3 jugak r baru bas sampai. Pastu da naik bas, dalam 3 jam jugak r nak sampai(Menanti detik jejak melangkah). So, bila da camtu, kitorang sampai lambat r dekat PD tu(Perlahan cuma menjadi mehnah). And aturcara program agak lari r bila da sampai lambat. Da la penat sume. Satu lagi, aku in charge program masa tu. Nak taknak, aku kene gagahkan diri r untuk teruskan aturcara. Kalau ikutkan hati, nak je aku tidur time tu(Ternyata jua teguh dan gagah).

Perenggan kedua; bila da malam lepas solat maghrib and isyak sume(Pabila mentari hilang sembunyi). Macam biasa r buat ice breaking(Bermula satu pesta kenali). And as expected, memang happening... Gelak-gelak sume(Riang dan tawa kini mulai). Biasa r tu kan. Kita kalau bab kenal-kenal ni memang suka(Bukti benarlah diri insani). Terutamanya kalau laki-pompuan or pompuan-laki. Sambil-sambil tu mana la tau bleh cari jodoh sekali. Ahaks~ :p

Perenggan ketiga; tibalah waktu esok(Fajar yang baru menyinsing sudah). Bangun subuh, semayang berjemaah sume(Hayat dimula dengan basmalah). And aktiviti pertama pagi tu adalah berkayak(Terus menyusur tidak ditegah). Yeay! Serius best. Kitorang kene berkayak dari tepi pantai, gi dekat satu pulau(Jiwa dan raga semua dikerah). Boleh nampak r pulau tu kalau berdiri tepi pantai. By the way, lupa nak bagitau yang tempat program kitorang tu betul-betul sebelah pantai. Hee~ :)

Perenggan yang terakhir plak merujuk kepada betul-betul lepas habih kayak tu. Kitorang berkayak bukan time pergi pulau tu je. Da sampai pulau tu, rest kejap dekat pulau tu, panjat menara api sume. Pastu berkayak balik. Serius penat(Lemah dan longlai menyusup kini). Time tu, bukan aku je rasa mengantuk macam haram, tapi semua r.. nak tidur je rasa(Dakapan empuk jelas membayangi). Memang penat gila kot.Tapi, macam aku cakap awal-awal tadi, program semua tu aku yang in charge. So, macam mana pun kene teruskan seperti yang dirancang la. Ye la.. setiap program mesti ada objektif yang kena capai an(Namun pegangan mengharung misi). Lagipun kayak tadi tu cuma program selingan je. So, dipendekkan cerita, nak bagi gagah jugak punya pasal, memang kene back to basic la; buat program ni semua ikhlas kerana Allah(Terus berjuang demi Ilahi). InsyaAllah bleh lawan sume penat yang ada. 

Well I guess, that's the end of my two days diary. And tak betul-betul dua hari pun. Banyak lagi sebenarnya aku tak letak. Program tu sebenarnya tiga hari. Aku letak kat dalam puisi tu, semua yang aku rasa, sampai bila-bila aku nak ingat. And satu lagi, aku malas nak buat panjang-panjang sangat. Kalau buat panjang-panjang-panjang gila, da jadi diari betul da. Aku nak buat puisi ringkas je, yang bila aku baca, aku boleh ingat most of detail time aku hadle program tu.

That's all. Thank you for reading. :D

No comments:

Post a Comment