Monday, February 21, 2011

Persoalan: "Jejaka dan Pengurusan Masa?"

   Adalah terdapat kisah seorang jejaka yang mempunyai masa sebanyak 24 jam sehari.. Untuk pengetahuan sekalian, jejaka ini amat berminat dengan kerja-kerja seperti mengukir (kayu) dan (ais). Akan tetapi, jejaka ini sukar untuk menolak  jika ada orang meminta bantuannya untuk menolong. Dan untuk pengetahuan, jejaka ini masih belajar..
   Nak dijadikan cerita, pada suatu hari adalah rakan kepada jejaka ni meminta pertolongan kepadanya untuk bersama-sama masuk dalam pertandingan memasak. Nak kata hebat memasak, tidaklah begitu.. setakat potong-potong bawang, cili sayur tu, tau la.. tu pun tau sikit je.. kiranya just nak cukupkan team memasak tu, nak tolong r tu; lepas tu, pertandingan memasak tu plak lagi sebulan je.. so, kalau tiada aral melintang insyaAllah la xde masalah..
   Nak dijadikan cerita lagi, adalah DUA Syarikat Besar menawarkan jejaka tersebut untuk mengukir. Satu Syarikat minta ukir kayu, satu lagi syarikat minta ukir ais.. Disebabkan kedua-duanya merupakan minat jejaka tersebut dari kecil, maka kedua-duanya diterima jejaka tersebut dengan hati yang terbuka..
   Tapi, masalahnya sekarang jejaka tersebut belajar pada siang hari, bekerja pada malam hari, dan mengisi masa petang dengan malakukan ukiran-ukiran kayu dan ais bagi memantapkan lagi hasil tangan beliau terhadap kerja yang bakal dilaksanakan pada malam hari. Jadi, bagaimana pula dengan pertandingan memasak yang disertainya tadi untuk tujuan menolong? Sudah pasti jejaka tersebut perlu juga mengikuti latihan memasak dengan group memasak tadi bagi menjadikan masakan berkumpulan itu effisyen dari segi masa dan sempurna dari segi rasa. Maka, jejaka berkata dalam hatinya, "Tidak mengapa jejaka, kau bole  buat..". Berbekalkan keyakinan diri, jejaka tersebut mangambil keputusan untuk CUBA buat terbaik setiap kali dapat hadir latihan bersama kumpulan memasak.. Akan tetapi, apa yang dialami jejaka tidak dirasai ahli lain kerana mereka yang lain tidak tahu. Oleh itu, sang jejaka memberitahu kepada ahli kumpulan bagaimana dia akan cuba untuk memberi komitmen kepada latihan memasak tersebut.. (*Dengan tarikh pertandingan memasak tu ditunda ke sebulan akan datang. Ingatkan da nak abes da pertandingan tu*) Tapi, Ye lah.. manusia berbeza-beza, ada yang menerima dan ada yang tidak dapat menerima dengan masalah yang disuarakan sang jejaka.. "ko ingat ko sorang je buzy Jejaka? semua orang ada life, tapi boleh berkorban.. kenapa ko xbleh? ni sume masalah pengurusan masa. Uruskan masa ko betul-betul jejaka".
   Baiklah, apa bezanya jejaka dengan ahli kumpulan memasak yang lain? Untuk pengetahuan sekalian, majoriti ahli memasak dalam kumpulan tersebut amat berminat dengan memasak dan itu minat mereka sejak kecil, jadi secara langsung atau tidak, mereka akan berkorban apa saja demi mengecapi kejohanan dalam pertandingan memasak yang akan berlangsung. Disebalik itu, jejaka mempunyai minat yang mendalam dalam mengukir (kayu) dan (ais) dan berharap dapat bekerja dengan syarikat yang perlukan khidmat beliau dalam ukiran. So, secara logiknya, jejaka sanggup berkorban jiwa dan raga demi kerja yang diminatinya dan menjadi hobi beliau sejak kecil.
   Jadi, persoalannya sekarang adakah tarikh pertandingan memasak yang ditunda itu salah jejaka tersebut (*menyebabkan latihan bertambah lagi sebulan*) ? Ke salah tindakan jejaka tersebut ingin menolong? Ataupun jejaka tersebut tak pandai uruskan masa? Kawan jejaka ke yang salah? Ahli kumpulan ke yang salah? Ke takde sesiapa yang salah?
  Kalau korang la jadi jejaka, korang buat apa? Kalau jadual harian jejaka da penuh dengan apa yang diminati sejak kecil dan tuntutan keluarga untuk terus belajar.. Nak urus macam mana lagi masa yang ada untuk latihan berkumpulan tersebut?

*Cuba bagi pendapat~ @-@

1 comment:

  1. ble baca kisah ni, rasa cam baca kisah sendiri... sbg manusia kita sebolehnya nak buat yg terbaik,nak capai cita2 sendiri n nak membantu org lain... diringkaskan cam kata pepatah "yg dikejar x dpt n yg dikendong b'ciciran"... saya pernah wat cam ni...huhu pengajaran katanya... tetapi naluri kemanusian dlm diri sentiasa inginkan lebih...

    ReplyDelete