Wednesday, July 24, 2013

Sarcasm @ Perli

Assalamualaikum semua. Today, aku nak berbicara sket mengenai sarcasm. Bukan apa, saja la bosan-bosan menaip sambil-sambil takde keje ni. Aku sebenarnye da lama da nak tulih pasal bende ni tapi, ntah.. asyik terlupe jek. Ni da teringat. So, tulih la.

Sedar atau pun tak, kita yang generasi sekarang ni memang da susah nak bercakap sesuatu yang baik kat kawan-kawan or kawan baik kita dengan ikhlas dan jujur. Kerana apa? Ni sume gara-gara budaya sarcasm ni jugak r.. Even aku yang menulis ni pun, eh maaf.. menaip. Even aku ni pun memang agak selalu la menggunakan gaya bahasa sarcasm ni. Sebab, macam best or lagi sopan bile guna sarcasm instead of direct. Lagi-lagi kalau nak tegur member sendiri. Tapi kadang-kadang tu, tak dapat dinafikan bahawa cakap direct lagi best kalau tegur orang ni. Tapi kalau hati kering r.. tu pun kalau dengan membe yang da lame kenal. Kalau tak kenal sangat or baru kenal ke ape orang tu; "ZAPP!" ko bagi direct, silap-silap penumbuk hinggap kat muka ko. Ha.. ko jangan.. haha..

So, nak dijadikan cerita, gaya bahasa sarcasm ni memang cara yang boleh dikatakan terbaik la dalam menegur atau membuat jenaka, tanpa mengira bangsa, dan usia. *berhenti jap 5 saat....ok sambung baca*
Memang sopan sarcasm ni. ("Sopanlah Sangat!" *mata kat atas, tangan kat bawah macam biasa sebab malas nak angkat letak atas bahu*). Tak kiralah sopan atau tidak, itu terletak di tangan anda. Saya hanya menaip, anda jualah yang menilai. 
(Ayat terakhir aku saja tambah sebab nak bagi panjang sket korang baca. Haha..)

Apa yang sebenar-benarnya aku nak kongsi kat sini ialah, dari sudut pandangan seorang manusia bernama Lauma nih, (maafkan diriku andai tersalah) budaya sarcasm nih telah membuatkan sebuah keikhlasan pudar menjadi sepah di tepi jalan(bermadah sket.. hehe). Contoh: Katalah kita nak puji MEMBER kita cantik:

Zack:  Uisyh.. Cantiknya ko!.. Nak gi kenduri ke?
Zulaikha: Ko saje an perli aku? Aku nak gi kelas r..
Zack: Eh, aku puji ikhlas nih. haha.. *tergelak sebab kene tuduh perli"
Zulaikha: Ah ko! Malas aku nak layan. Kbye. *berlalu pergi*
Zack: Eh? =.=' *buat muka pelik sambil kerutkan dahi*

Daripada dialog di atas, tak tahulah kalau korang pernah alami ataupun tidak, sarcasm ni da jadi macam pemusnah kepada kata-kata yang baik atau pujian yang ikhlas kepada MEMBER kita. Yela, biasanya perkataan baik tu kita guna time sarcasm. So, bila da jadi camni, kesan dia yang paling ketara kepada generasi sekarang ialah: 

"DA TAK TAHU ATAU AGAK SUKAR UNTUK CAKAP BENDA BAIK KAT MEMBER, TANPA MEMBER KITA TU SALAH ANGGAP BAHAWA KATA-KATA BAIK TU SEBENARNYA PERLI. POYO JE SEMUA TU. HUH!"

Eh, satu benda penting aku lupa nak mention. Biasanya kalau salah anggap ni berlaku antara:
-Lelaki dengan Perempuan
-Lelaki dengan Lelaki
Kalau Perempuan dengan Perempuan, aku tak berapa sure sebab aku ni laki. Kang cakap, salah plak kang. Aku kalau tak tahu, aku malas nak buat-buat tahu. Biar jujur. Kan? :)

Kalau korang tak percaya dengan apa yang aku kata, mungkin korang boleh try puji MEMBER korang, hensem or cantik dengan nada yang paling ikhlas. Tapi dengan syarat, puji MEMBER au. Kalau awek ke bf ke tak kira. Kalau kat adik-beradik... erm... ntah.. tak sure... ikut family r. Senang cite, korang try r sendiri. Kalau korang berjaya puji MEMBER korang dengan ikhlas, lagi-lagi yang korang rapat sampai tahap sembang kencang setiap kali bila jumpe, and mengikut syarat-syarat yang tertera (syarat jantina, etc.), 
KORANG MEMANG AWESOME!

Tapi kalau korang tak berjaya,

Korang memang "AWESOME!" haha..
*pandai-pandai la korang tukar nada bile aku tambah: 










SELAMAT MENCUBA! :D
Haha.. sekian. 

No comments:

Post a Comment