Tuesday, July 23, 2013

Tazkirah Ramadhan 2 (2013)

--> Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi ilham kepada saya dalam menulis cerita seterusnya di dalam blog saya ini. (Saja buat ayat skema)

Semalam, macam biasa solat tarawikh. Lepas tu, ada la tazkirah. Tazkirah tu berlangsung di antara empat rakaat solat tarawikh. Masa nak start tazkirah tu, memang saja la sambung tarawikh sendiri sebab ingatkan nak gerak terus lepas habih 8 rakaat tarawikh. Tapi, sambil solat tu terdengar la jugak ustaz tu bagi tazkirah. Then, macam best je.. Takpelah.. dengar kejap.

--> Tazkirah bermula...

*Ustaz ni guna loghat utara*

Ustaz: La ni, kita baru dengar bahawa tak boleh nak buat tazkirah masa solat tarawikh. Hmm... saya memang setuju sangat. Memang tak boleh buat tazkirah masa tengah tarawikh. Haram.

Aku: Hm?? (Bingung jap..)

Ustaz: Kalau kita duk tengah solat Tarawikh, pastu baca Al-Fatihah, "Alhamdulillahi Rabbil Alamin.. Ar-Rahmanirrahim.. Tuan-tuan dan Puan.. Malikiyaumiddin...tajuk tazkirah kita hari ini ialah... Iyya kana' budu wa iyya kanasta'in...".
Ha.. tu lah dia tuan-tuan.. tazkirah masa solat tarawikh. Masa solat, memang haram kita bagi tazkirah. Itu bid'ah yang nyata. Para sahabat tak buat, apatah lagi Nabi tuan-tuan. Tapi tuan-tuan, kalau bagi tazkirah selepas selesai solat tarawikh, and sebelum solat tarawikh yang seterusnya, tu takdak masalah. Macam la ni. Kalau la ni, tuan-tuan nak duduk ka, nak baring ka, nak guling-guling ka, silakan.. Kalau time la ni, tak haram.

Aku: *dalam hati* Lawak apakah ini?? haha.. *sambil mengerutkan dahi seraya tersenyum*

Ustaz: Ni saya nak tanya tuan-tuan, antara solat sunat dua rakaat dengan mendengar ilmu, mana lagi tinggi darjatnya?

Jemaah: Dengar ilmu.

Ustaz: Betul tu tuan-tuan. Even kalau solat sunat tarawikh 1000 rakaat sekali pun, dengar ilmu dalam majlis ilmu lagi tinggi darjatnya. Ha tuan-tuan, nak cerita sket ni. Sedar tak sedar dah 14 malam dah bulan ramadhan ni dan kita sekarang ni dah masuk fasa yang kedua dalam bulan Ramadhan iaitu maghfirah. Fasa keampunan. Jibril a.s. malaikat Allah kata, sesiapa yang dalam bulan Ramadhan ni, yang tak dapat keampunan Allah, "Innahum la Khosirun". Mereka semua tu, tergolong dalam orang-orang yang RUGI. Rugi sangat tuan-tuan. Nak tau sebab apa? Sebab dalam bulan ni Allah bagi BONUS. Bonus apa? "Lailatul Qadri khairum min alfi sharin". Allah bagi satu malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan. Kalau convert jadi tahun, sama dengan 83 tahun. Tu dia aih...

Ustaz: Cuba tuan-tuan bayangkan, kalau bos tuan-tuan kata, tahun ni dia nak bagi Bonus 10 tahun tapi dengan syarat, tuan-tuan kene duk ofis selama 10 hari. Toksah balik. Agak-agak tuan-tuan mau dak? Konpom semua mau. Gila tak mau? Satu bulan katalah gaji RM 3000. 12 bulan jadi RM 36000. Kalau 10 tahun, RM360 000. Banyak tu.. Uisyh.. kalau betul la bos bagi lagu tu, memang 10 hari la orang duk ofis sana. Sengap abih. Tak melawan apa langsung.

Ustaz: Tapi tuan-tuan, apa pasai BONUS yang Allah bagi sampai 83 tahun untuk amalan satu malam, ramai yang tak mau? Awat tuan-tuan? Tau dak pasai apa? Pasai TAK NAMPAK. Pahala tu memang tak nampak tuan-tuan tapi, itulah bekalan kita kat akhirat nanti. Mungkin kita kata diri kita tak materealistik. Tapi kalau antara duit dan pahala, memang kita pilih duit dulu. Mesti dunia dulu. Pasai nampak. Oleh itu tuan-tuan, sama-samalah kita berdoa agar kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar dan dalam masa yang sama kita doa jugak agar iman kita semakin hari semakin bertambah dan kita betul-betul berusaha untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar.

--> Tazkirah tamat.

Bilal: Fadhlam minAllahi wa nik'mah... (sambung tarawikh lagi empat rakaat)

--> Sekian. Wassalam.


No comments:

Post a Comment